Monday, September 22, 2014

Terima Kasih berikan dia, Ya Allah


Pagi isnin yang suram,

Aku berjalan lemah dari parkir kereta menuju ke pintu masuk bangunan pejabat blok E,

Keluarkan kad pekerja, lalu sentuhkan pada pintu.

Aku buka pintu, lalu masuk perlahan. Menaiki dan melangkah lemah menyusuri anak tangga. Sambil berjalan, fikiran menerewang entah sampai mana. minda tiada disini, hanya jasad berjalan kaku tanpa hati.

YaAllah, ujian Mu,satu persatu aku tempuhi. setiap satunya perlukan pengorbanan cara sendiri.

Namun, aku bersyukur.

Kerna diberikan seorang insan yang masih bersama ku. disaat susah senang menelusuri ranjau peritnya kehidupan. selama lebih 5 tahun yang lalu.

dan aku berharap, agar dia sentiasa ada, menghulurkan tangan, mengerah keringat, menlindungi ku. hingga akhir hayat.

Benarlah kata mereka, yang telah berumah tangga, segala ujian pahit getir menguji. walaupun baru hanya separuh kaki ku melangkah, bahang nya telah ku rasai.

Kerna itu,

Allah menciptakan syurga yang indah, untuk mereka yang tabah, teguh di jalanNya, membimbing isteri, mahupun suami, juga zuriat yang bakal ada. kerna ujian sentiasa ada.

Terima Kasih YaAllah, berikan dia kepadaku, sebagai bakal pembimbing dan pelindungku, sabar bersama ku, sentiasa ada di kala jatuh bangun aku, menghulur tangan mengubat luka, dialah racun, dialah penawar.

semoga semuanya berjalan lancar

7 Disember 2014.









Friday, September 19, 2014

Implementing GST in Malaysia?

Assalammualaikum,

Salam jumaat...

Wah tajuk aku nak tulis arini memang aku rasa kita patut perkatakan, since GST will implementing next year, on 1 April 2014... (not only april fool, LOL) aku rasa, ak terpanggil bagi personal opinion mengenai GST ni...

bagi aku, setiap benda yang ada atas muka bumi ni, ade pro n cons dia la....ade berlawanan, so cmtu la GST. nak kata xbagus secara total tu tak juga... ade benda yang kita boleh amek positif jika fikir tentang kesan kepada negara dalam masa maybe 10-20 akan datang. Bila aku berkata sedemikian, xla bermaksud yang aku menyokong perlaksanaanya. lepas aku baca pelbagai pandangan orang ramai dan article yang dikeluarkan dalam media sosial, media cetak, tv,radio, blog, segala bagai, aku nak simpulkan pendapat aku sendiri mengenai GST ni.

so tu kena tunggu, bagi aku kupas dlu isu ni...

mungkin bagi kita, akan mengalami kenaikkan harga barang sebagai pengguna, tetapi untuk meningkatkan dan melonjakkan pendapat negara, mmg satu inisiatif yang berkesan, since mmg sesuai dilaksanakan di negara membangun mcm negara kita ni.


Reasons support for GST:
  1. Pendapatan negara bertambah dan mengurangkan pergantungan yang berat ke atas cukai pendapatan dan cukai petroleum, di mana cukai pendapatan yang menyumbang 44.4% daripada hasil kerajaan pada tahun 2010.
  2. Lebihan cukai dapat dikurangkan (sekiranya benar2 dilaksanakan seperti yang didakwa) berbanding cukai jualan sebelum ini, kerana cukai dkira lumpsum , dari rantaian pembekal, pengedar, peruncit hingga kepada pengguna.
  3. Pendapatan kerajaan lebih stabil selain daripada bergantung kpd cukai langsung yang lain (cukai pendapatan)
  4. Corporate tax and individual tax rates could be reduced.
Reasons disagree with GST:
  1. Indeks harga pengguna akan meningkat (inflasi)
  2. Meningkatkan kos sara hidup individu yang berpendapatan rendah
  3. Kemungkinan kadar 6% GST yang akan dilaksanakan oleh kerajaan tidak statik dan kemungkinan akan bertambah untuk jangka masa akan datang, seperti yang dilakukan oleh singapura
  4. Nilai peratus GST mungkin akan bertambah berbanding cukai sebelum ini yang digantikan, iaitu cukai jualan semasa (10%) dan cukai perkhidmatan (5%)
  5. Pendapatan negara tak seperti yang diharapkan dan semakin membebankan pengguna.
ok....

itu pada pendapat aku la,... kalo korang ade pendapat lain, leh share....

ok, bercakap sal GST, korang taw ke barang apa yang ade GST n barang ape yang xde dikenakan?

kita bahagikan kepada 2 group...

* Group A : dikenakan GST (6%)
* Group B : Tidak dikenakan GST 

ok, hampir semua barang yang dijual n kita gunakan seharian akan kita gunakan termasuk perkhidmatan, restoran makanan segera, parking segala bagai mmg akan kena GST.

Group A :

  • petrol & parking
  • bil telephone dan sebagainya
  • Elektrik (jika kat umah pakai aircond)
  • alat tulis
  • pakaian
  • restoran dan makanan (makanan segera ataupun tidak)
  • alatan permainan
  • etc (hampir semua benda) 
 Group B :


  1. Their yearly sales not exceeded RM500,000 (means these are small companies)
  2. Hospital
  3. Yuran pengajian kolej dan universiti
  4. Yuran perubatan
  5. kenderaan awam(train/LRT/MRT/Monorail/taxi/bus)
  6. Bank services (certain)
  7.  (toll operators/funeral/residential land & building)
  8. Barangan asas - beras , gula , garam, minyak masak, tepung 
  9.  jual beli rumah / sewa
  10.  Bekalan air paip dan tarif elektrik (200 unit pertama) 
 untuk yang berpendapatan rendah dan termasuk dalam senarai penerima BR1M akan menerima bantuan sebanyak RM300 - secara one off 

BAGAIMANA PULA DENGAN CUKAI YANG SEDIA ADA?

CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU?
  • Kurang sebanyak 1-3 %
  •  untuk yang pendapatan melebihi RM400 K setahun tu, cukai akan dikurangkan dari 26% kepada 24% - 25%
CUKAI SYARIKAT LAK CMNE?
  • cukai pendapatan syarikat kecil berkurang dari 20% ke 19% (mulai 2016)
  • cukai pendapatan syarikat besar lak berkurang dari 25% ke 24 % (mulai 2016)
  • cukai pendapatan koperasi juga akan dikurangkan sebanyak 1-2 % (mulai 2015) dan potong yuran kesetiausahaan)
  •  potongan cukai untuk pembelian peralatan ICT
 banyak lagi info lain mengenai GST ni.... nanti sambung











Tuesday, September 16, 2014

Tips iv



salam semua....

salam hari malaysia...

hehe...

ok, disebabkan sekarang ni aku tengah giat sedang melakukan persiapan untuk interview lisan penguatkuasa kastam W41, jadi aku nak share la beberapa tips yang aku baca dalam blog orang n facebook mereka...

bagi aku, memang ia nya sangat membantu la untuk aku yang 1st time nk melangkah kaki mengadap panel interview tu, maybe ade 3 orang.

ni antara beberapa status yang share sal soalan yang bakal ditanya untuk pembantu penguatkuasa kastam W27, tapi aku rasa lebih kurang je kot ngn W41...

****************************
soalan yang akan ditanya...

Apa itu gst, berapa kadar cukai gst, apa sst( sales and service tax), apa kebaikkan gst, bila akan dilancarkan, apa tugas penolong penguasa kastam, tugas jawatan la.
 Apa jenis cukai yg fipungut kastam, visi, misi, fungsi kastam. Etika kastam. Ni soalan wajib. Sy hanya share. 
Harap dapat membantu yg akan interview w27. Lbaga temuduga ada 2 kategori. Kategori pertama dipengerusi kan spa. Kedua dipengerusikan pegawai kastam. Kalau spa, dia akan tny cobbolt, bila meedeka cmane capai merdeka, isu semasa. Kalau org kastam, dia akan tanya nape cukai di wuujud, diperkenalkan oleh gomen. Apa faedah cukai. Apa cukai lamgsung. Dan isu semasa. 
Ada 28 panel. 22 dipenguriskan spa. Hanya 6 oleh kastam. Sapa dapat kastam. Goodluck.
 Hehehehe maaf. Ni bukan soalan bocor. Tp just nak membantu. So that uolls semua prepare ye. Igt, jaga attitude, cara percakapan. Ada 3 cara jawab.

Kalau x tau, sokong pendapat panel 100%
Kalau tau, sokong dan tambah fakta sendiri.
Kalau xsetuju, bagi hujah kenapa xsetuju.
Kalau xtau jawab xtau secara ikhlas and say sorry.
Panel akan tukar soalan lain. Jgn KELENTONG ok.
Wajah mesti tegas, senyum jgn byk. Duduk tegak. Handbag letak atas meja yg disediakan. Tgn letak atas peha. Bila masuk, tegakkan badan baru ucap salam. Jgn ucap salam sambil berjalan. Selesai temuduga pun sama.
Yg penting behave ok.
Tips lasttt, mesti pandai create perbualan menarik. Supaya anda terpilih okkkk. Goodluck guyssss!! All the best!!! Smg Allah membantu anda semua!
Salam. Xoxo 

*********************************************
aku rasa tips yang dia share ni pun berguna juga... insyaAllah aku akan study sebaik mungkin

dan ini antara tips lain yang orang lain share

jangan merayu atau minta simpati... just be yourself dan wish semoga tuan jumpa  calon yang sesuai untuk menjawat jawatan ini.... :) 

Just try ur best. Kalau xtau, jujur cakap xtau. Minta maaf. Kalau tau, sokong pendapat panel. Kalau setuju, sokong dan tambah. Dont worry. Kalau org kastam mmg akan tny psl gst and kastam jela. Kalau spa yg tny merepek psl malaysia laaa mcm2 daaa

masa dia suruh perkenalkan diri tu, cakap, nama, umur, duk mana, dah kawin ke belum, bape siblings, anak bape org, husband keje apa, mak ayah keje apa, belaja mana, course apa, apa kejayaan dah capai, mcm dean list ke, dulu penah wakil sukan ke apa ke, hobi apa, u semua buat nampak interesting la biar org jadi impress. jgn cite skit pastu segan. yg penting korg kena tunjuk berani dan KONFIDEN. contoh, hobi, suka baca buku, sbb buku boleh menambahkan knwledge, suka baca buku pasal TUn M ke. ikut la. tp jgn smp membelit diri. sbb salah seorang panel kastam tu adalah penulis buku tauuu....

 kepada calon2 yg kurang fasih dalam bi, xpe, u all hafal skrip siap2. g google, utk describe diri sendiri. grammar salah ke betul, itu belakang kira. janji tunjuk yang awk boleh speaking. kalau nk jawab soalan tp xtau xspeaking kata maaf tuan, boleh sy jawab dalam bahasa melayu. sbb sy xtau nak menjawab dalam bi. nnt atleast bila pemarkahan kita bg la yg u ni, jenis jujur. hehe

***********************************
sekian



First step into ....

Assalammualaikum,

kembali semula menulis, setelah sekian lama buzy dengan tugas harian dan persiapan majlis....

Alhamdulillah, semua nya berjalan seperti yang dirancangkan... mudah-mudahan Allah memberkati usaha hambaMu ini.... amin ya rabb al alamin....

ok .

back into da track. apa yang aku nak share pada harini ? First of all, minggu ni semua perasaan aku rasa, syukur, gembira, kecewa, sedih... semua la.... so xpela... ak rasa nak share kegembiraan aku pada semua....




Alhamdulillah!! 


syukur pada Allah, tuhan yang sentiasa mendengar doa hambanya.... 

untuk pengetahuan... ini kali pertama aku pass exam tuk memasuki perkhidmatan kerajaan.... n uolss know what? ni exam yang ke-8 i guess yang aku pergi... tak termasuk exam KPLI.... exam SPA sahaja dah masuk 8 x..... macam tak percaya... tak sangka exam online yang penuh dengan dugaan ni aku lepas.... 

Thanks Allah... 

Mudah2an interview lisan yang mungkin diadakan pada bulan 10 ni aku lepas! n leh masuk training utk jadi penguatkuasa kastam (GST). orang kata, rezeki kawen.... AMIN....! 

tak sia2 aku study,walaupun last minute.... insyaAllah Allah sentiasa mendengar doa hambanya yang tak putus2 ... 















Monday, September 8, 2014

Totally out of mood.....



aku sangat sangat sangat tidak mempunyai mood arini....

macam2 benda dalam benak fikiran....

YaAllah.... jika ini ujian Mu.... Aku cuba jalani dengan hati yang penuh dengan ketabahan...

Namun.... berikan aku kekuatan..... berikan aku ketabahan

Dikala aku hampir rebah....




terima kasih kerana si dia sentiasa bersama....

ketika susah senang, jatuh bangun ....

diri ini....