Monday, September 22, 2014
Terima Kasih berikan dia, Ya Allah
Pagi isnin yang suram,
Aku berjalan lemah dari parkir kereta menuju ke pintu masuk bangunan pejabat blok E,
Keluarkan kad pekerja, lalu sentuhkan pada pintu.
Aku buka pintu, lalu masuk perlahan. Menaiki dan melangkah lemah menyusuri anak tangga. Sambil berjalan, fikiran menerewang entah sampai mana. minda tiada disini, hanya jasad berjalan kaku tanpa hati.
YaAllah, ujian Mu,satu persatu aku tempuhi. setiap satunya perlukan pengorbanan cara sendiri.
Namun, aku bersyukur.
Kerna diberikan seorang insan yang masih bersama ku. disaat susah senang menelusuri ranjau peritnya kehidupan. selama lebih 5 tahun yang lalu.
dan aku berharap, agar dia sentiasa ada, menghulurkan tangan, mengerah keringat, menlindungi ku. hingga akhir hayat.
Benarlah kata mereka, yang telah berumah tangga, segala ujian pahit getir menguji. walaupun baru hanya separuh kaki ku melangkah, bahang nya telah ku rasai.
Kerna itu,
Allah menciptakan syurga yang indah, untuk mereka yang tabah, teguh di jalanNya, membimbing isteri, mahupun suami, juga zuriat yang bakal ada. kerna ujian sentiasa ada.
Terima Kasih YaAllah, berikan dia kepadaku, sebagai bakal pembimbing dan pelindungku, sabar bersama ku, sentiasa ada di kala jatuh bangun aku, menghulur tangan mengubat luka, dialah racun, dialah penawar.
semoga semuanya berjalan lancar
7 Disember 2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment