Friday, September 19, 2014

Implementing GST in Malaysia?

Assalammualaikum,

Salam jumaat...

Wah tajuk aku nak tulis arini memang aku rasa kita patut perkatakan, since GST will implementing next year, on 1 April 2014... (not only april fool, LOL) aku rasa, ak terpanggil bagi personal opinion mengenai GST ni...

bagi aku, setiap benda yang ada atas muka bumi ni, ade pro n cons dia la....ade berlawanan, so cmtu la GST. nak kata xbagus secara total tu tak juga... ade benda yang kita boleh amek positif jika fikir tentang kesan kepada negara dalam masa maybe 10-20 akan datang. Bila aku berkata sedemikian, xla bermaksud yang aku menyokong perlaksanaanya. lepas aku baca pelbagai pandangan orang ramai dan article yang dikeluarkan dalam media sosial, media cetak, tv,radio, blog, segala bagai, aku nak simpulkan pendapat aku sendiri mengenai GST ni.

so tu kena tunggu, bagi aku kupas dlu isu ni...

mungkin bagi kita, akan mengalami kenaikkan harga barang sebagai pengguna, tetapi untuk meningkatkan dan melonjakkan pendapat negara, mmg satu inisiatif yang berkesan, since mmg sesuai dilaksanakan di negara membangun mcm negara kita ni.


Reasons support for GST:
  1. Pendapatan negara bertambah dan mengurangkan pergantungan yang berat ke atas cukai pendapatan dan cukai petroleum, di mana cukai pendapatan yang menyumbang 44.4% daripada hasil kerajaan pada tahun 2010.
  2. Lebihan cukai dapat dikurangkan (sekiranya benar2 dilaksanakan seperti yang didakwa) berbanding cukai jualan sebelum ini, kerana cukai dkira lumpsum , dari rantaian pembekal, pengedar, peruncit hingga kepada pengguna.
  3. Pendapatan kerajaan lebih stabil selain daripada bergantung kpd cukai langsung yang lain (cukai pendapatan)
  4. Corporate tax and individual tax rates could be reduced.
Reasons disagree with GST:
  1. Indeks harga pengguna akan meningkat (inflasi)
  2. Meningkatkan kos sara hidup individu yang berpendapatan rendah
  3. Kemungkinan kadar 6% GST yang akan dilaksanakan oleh kerajaan tidak statik dan kemungkinan akan bertambah untuk jangka masa akan datang, seperti yang dilakukan oleh singapura
  4. Nilai peratus GST mungkin akan bertambah berbanding cukai sebelum ini yang digantikan, iaitu cukai jualan semasa (10%) dan cukai perkhidmatan (5%)
  5. Pendapatan negara tak seperti yang diharapkan dan semakin membebankan pengguna.
ok....

itu pada pendapat aku la,... kalo korang ade pendapat lain, leh share....

ok, bercakap sal GST, korang taw ke barang apa yang ade GST n barang ape yang xde dikenakan?

kita bahagikan kepada 2 group...

* Group A : dikenakan GST (6%)
* Group B : Tidak dikenakan GST 

ok, hampir semua barang yang dijual n kita gunakan seharian akan kita gunakan termasuk perkhidmatan, restoran makanan segera, parking segala bagai mmg akan kena GST.

Group A :

  • petrol & parking
  • bil telephone dan sebagainya
  • Elektrik (jika kat umah pakai aircond)
  • alat tulis
  • pakaian
  • restoran dan makanan (makanan segera ataupun tidak)
  • alatan permainan
  • etc (hampir semua benda) 
 Group B :


  1. Their yearly sales not exceeded RM500,000 (means these are small companies)
  2. Hospital
  3. Yuran pengajian kolej dan universiti
  4. Yuran perubatan
  5. kenderaan awam(train/LRT/MRT/Monorail/taxi/bus)
  6. Bank services (certain)
  7.  (toll operators/funeral/residential land & building)
  8. Barangan asas - beras , gula , garam, minyak masak, tepung 
  9.  jual beli rumah / sewa
  10.  Bekalan air paip dan tarif elektrik (200 unit pertama) 
 untuk yang berpendapatan rendah dan termasuk dalam senarai penerima BR1M akan menerima bantuan sebanyak RM300 - secara one off 

BAGAIMANA PULA DENGAN CUKAI YANG SEDIA ADA?

CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU?
  • Kurang sebanyak 1-3 %
  •  untuk yang pendapatan melebihi RM400 K setahun tu, cukai akan dikurangkan dari 26% kepada 24% - 25%
CUKAI SYARIKAT LAK CMNE?
  • cukai pendapatan syarikat kecil berkurang dari 20% ke 19% (mulai 2016)
  • cukai pendapatan syarikat besar lak berkurang dari 25% ke 24 % (mulai 2016)
  • cukai pendapatan koperasi juga akan dikurangkan sebanyak 1-2 % (mulai 2015) dan potong yuran kesetiausahaan)
  •  potongan cukai untuk pembelian peralatan ICT
 banyak lagi info lain mengenai GST ni.... nanti sambung











No comments: