Wednesday, December 31, 2014

Asam Gula dan Cuka 2014


x lama 2014 pula akan melabuhkan tirai nya.

Berakhir 365 hari dalam tahun nya yang mencoret kenangan asam, gula, cuka, dan peria.... huhuh....

Tahun ni merupakan tahun ketabahan dan dugaan bagi aku, penuh dengan suka duka linangan air mata. kegembiraan juga kesedihan pastinya.

Semalam aku mendapat perkabaran sedih sekali lagi.... yaAllah. ujianMu.... sekali lagi aku diuji lagi untuk pengakhiran tahun ini . untuk tahun ni dah berapa kali gagal dalam temuduga kerja. cuma calon simpanan? itu adalah kata lain nya. bermaksud memang tiada rezeki itu untuk aku.

aku bukan tidak bersyukur.... alhamdulillah dengan rezeki yang sementara ini.... namun, tuah ku xseperti orang lain, yang mudah sahaja dapat. aku hanya senyum melihat kebahagiaan mereka. dalam hati, hanya mampu berdoa, yaAllah turunkan rezeki mu yang ada di langit dan dibumi jika ia adalah untukku. jangan kau uji aku yang lemah ini dengan dugaan yang xmampu aku pikul bebanannya. \

hatiku aku kecewa.

" andai dirimu diuji dengan kesusahan hidup, tetapkanlah hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada ALLAH S.W.T.

itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan hati bicaramu. Allah amat suka mendengar luahan hati bicara dan bisikan hati yang rindu pada kasih sayangnya.



Rasa seperti tidak mampu meneruskan pengharapan. Namun aku kena kuat, demi meneruskan kelangsungan hidup .

yaAllah, aku mohon kuatkan hati dan ketabahan hati aku menempuh segala ujianMu... jadikan aku orang yang redha dan bersyukur. agar aku sentiasa mensyukuri nikmatMU...


"wahai wanita, titipkan lah doa disetiap titisan hangat yang membasahi pipimu, yang jatuh berguguran, Dia Maha mendengar, apatah lagi doamu yang diringi lelehan airmata, sangat bernilai sepotong doa yang dilafazkan disisiNya . Bersabarlah.


Friday, December 26, 2014

Dugaan December


esok. genap 3 minggu saya bergelar isteri. haih... macam masih tak percaya yang aku telah melangkah ke alam rumah tangga sekarang. Alhamdulillah. so far semuanya ok.

Terima kasih tak terhingga kepada semua hadirin yang hadir. semua nya berjalan lancar walaupun ade beberapa perkara yang tak diingini berlaku. aku anggap semua itu dugaan . Hidup kita sebagai manusia especially golongan marhaein mcm aku ni mmg dah biasa sangat dengan dugaan.... cuma harap aku mampu hadapi dengan sebaiknya.

okla.

Rasa xperlu nak cerita sangat sal hal kenduri kawen aku, alhamdulillah settel dah kedua2 belah majlis sebelah aku dan juga pihak lelaki. aku sangat bersyukur sebab majlis belah lelaki berlangsung dengan cuaca yang sangat baik, sbab selang seminggu selepas majlis belah lelaki, hujan turun dengan lebatnya dan aku sangat terkejut dengan berita pantai timur kini dilanda banjir yang hampir menenggelamkan seluruh bandar.

MasyaAllah...

Dugaan yang Allah nak berikan pada kita.

Semalam, En Suami mundar mandir, xsenang duduk melihat keadaan yang makin teruk yang disiarkan kenyakkan di laman sosial . Namun yang aku perhatikan, media televisyen kurang menyiarkan perkhabaran terkini mengenai status banjir di seluruh kawasan. kebanyakkan nya kami berpandukan gambar dan video yang dikongsikan di laman sosial.

En. suami makin risau bila keluarga xdapat dihubungi... talian disambungkan ke voicemail setiap kali panggilan dilakukan. bekalan elektrik terpaksa dipotong supaya tiada litar pintas. aku juga risau, harap tiada apa yang buruk berlaku... insyaAllah.

Apabila mendengar keluarga sebelah suami, yang terpaksa berpindah ke pusat sementara mangsa banjir, sedih hati ini. sangat kasihan terbayang ibu mertua, adik dan ipar duai terpaksa berpindah ke pusat sementara yang disediakan. tanpa bekalan elektrik, tanpa bekalan air bersih, tanpa infrastruktur kemudahan yang mencukupi, ubat ubatan, dengan karenah mangsa yang makin bertambah dari hari ke sehari sangat meruntun jiwa.

Terbayang, bagaimana kah aku jika aku berada di tempat mereka? bagaimana dengan anak kecil , warga emas dan mereka yang memerlukan rawatan segera? bagaimana keadaan hospital, pesakit kronik yang memerlukan rawatan secepat mungkin, ibu yang akan bersalin dan sebagainya...

YaAllah....

aku hanya mampu berdoa hanya yang terbaik untuk mangsa banjir pantai timur.

Lagi gambar berkaitan mangsa banjir... semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua, aminnnn
















Tuesday, December 2, 2014

Jemputan Untuk Korang Yang Mengenali diriku.



Haa. korang,

Jangan lupe datang nanti kenduri makan-makan den dan bakal suami, 7 DISEMBER 2014, di Dewan IUKL , kajang - Bangi, bersebelahan UNITEN. Doakan kami yang terbaik. :)



Counting da BIG Days!



Assalam,

lama x hupdet merapu kat blog den ni.... by da way.. 3 more days.... to go... before my solemnization.

Ape perasaan? - soalan popular dikalangan rakan sekerja , hatta bila bertemu mereka ketika berjalan di kawasan pejabat.
-ak cuma melemparkan senyuman manis , seraya berkata, "InsyaAllah, sedia. Doakan yang terbaik.". Lalu aku laju melangkah, agar tiada soklan cepu emas lain yang menyusul.

Hakikat sedia ataupun tidak, aku perlu lalui dengan hati yang terbuka. Jodoh aku kini makin nyata yang telah ditakdirkan Allah S.WT. Hanya Dia pemilik hati paling hakiki.

Terima Kasih YaAllah, berikan aku bernafas hingga ke hari ini dan berikan aku kebahagiaan setelah hampir 7 tahun mengenali hati budi dengannya.



Aku tiada apa yang perlu diperkatakan.

Kerana, rasa nya terlalu banyak UJIAN  yang dilalui dlam masa terdekat ini. Silih berganti saban hari hingga kini. Benarlah kata orang, ujian orang nak mendirikan rumah tangga berat juga.

mana tak nya, benda yang tak pernah jadi, tetiba jadik on da spot. Pening dan serabut tak usah bicara, umpama santapan harian.

Ujian yang aku hadapkan aje :

= Tayar kereta asyik la nk pancit, selang sehari. lepas tukar kete pun asyik la nak pancit memanjang, beban berat ape yang aku bawak? beban masalah ka....

= Break kereta xmakan, tgh berjalan kat jalan raya, tetiba tekan break kosong! nak terkeluar jantung den , rasa nak terputus tiub arteri pulmonari ni.... cuak gile, nasib baik x cium bumper kete depan. Allah...

= Ex lama duk merayu nak jumpa ... xsedar diri da kawen, duk sibuk call memanjang, macam xde bini... nak je aku kaki kan je,.... hai la lelaki.

= tetiba peminat mcm ramai lak mesej nak kenal, haha! mcm retis aku rasa. siap ayat manes mcm gula cecair nak bancuh dalm minuman gas.

= xcukup plak tayar pancit, break kosong, skru skirting kereta den tercabut tgh jalan. adoyaiii, patut la rasa macam heret besi sepanjang jalan. Alahai la ujian.

Dan macam2 lagi yang lain...

namun ak redha. Ujian MU.... mengujiku... kerana lebih ramai lagi insan yang lebih getir ujianya.