Thursday, February 5, 2015
Kepercayaan hanya sekali
puiiiihhhh...
Tarik nafas panjang dulu..... baru balik meeting pagi ni, sebelum amek mood sambung keje, baru aku teringat yang da lama x ketak ketuk (menaip) kat keyboard opis ni.... hehe...
skali skala gunakan barang opis untuk berbelog ape salahnye kan? ye dak? asyik wat koje je...
Selamat datang bulan Februari.... sekejap jek masa berlalu... 2 bulan lagi... genap hampir 2 tahun aku keje kat opis sekarang ni... walaupun xtetap... bahkan hanya sekadar dipinggiran, banyak yang aku blaja dari sini...
suka duka, gelak, tangis, air mata... semua cukup...
Alhamdulillah, aku bersyukur, walau apa pun rezeki mu YaALLAH, hanya Engkau maha berkuasa dan mengetahui ..... walaupun berpuluh interviu yang aku pegi, semuanya mendukacitakan. malah ade sesetengah jawatan yang aku hampir dapatkan, walaupun hanya sekadar simpanan...
rezeki aku masih disini, walaupun x sebertuah "orang lain" , aku tanamkan sifat bersyukur dan positif dalam diri agar aku tabah. biarpun rasa makin rebah dengan ujian yang mendatang.... aku cuba cekalkan selagi mampu bertahan...
sedihnye. tapi itu hakikat.
makin kecewa hati ini, bila orang yang dipercayai tikam belakang tanpa sedar, YaAllah, ujian -mu. Aku redha walaupun hati terasa sangat sakit.
Terima kasih juga kepada si penikam itu, kerana engkau, aku belajar untuk tidak mudah percaya pada manusia. kita berkawan bukan 3 hari, bukan juga 3 bulan, tetapi hampir 2 tahun, walaupun kau lah antara org pertama yang aku kenal ... kau juga yang pertama memberikan semangat dikala aku hilang semangat, kau juga yang tikam aku......
Aku sangat kecewa dengan kau.....
Tiada lagi kepercayaan aku pada manusia lain, terutama lelaki selepas ini,.... tiada lagi erti PERSAHABATAN, antara aku dan kau. hanya urusan kerja. itu pun JIKA PERLU.
setiap yang berlaku, aku doakan balasan pasti akan tiba... Selayak nya bukan aku yg membalas, kerana wujudnya Tuhan.... hanya Dia yang selayaknya.
jika tidak sekarang, mungkin masa depan. apa yang kau buat, xselamanya kau selamat.
wahai penikam, satu masa, kau juga pasti tertikam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment