Monday, February 9, 2015

Napa kita tak bersyukur?

Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Positif dan Bersyukurlah.

Thursday, February 5, 2015

Kepercayaan hanya sekali


puiiiihhhh...

Tarik nafas panjang dulu..... baru balik meeting pagi ni, sebelum amek mood sambung keje, baru aku teringat yang da lama x ketak ketuk (menaip) kat keyboard opis ni.... hehe...

skali skala gunakan barang opis untuk berbelog ape salahnye kan? ye dak? asyik wat koje je...

Selamat datang bulan Februari.... sekejap jek masa berlalu... 2 bulan lagi... genap hampir 2 tahun aku keje kat opis sekarang ni... walaupun xtetap... bahkan hanya sekadar dipinggiran, banyak yang aku blaja dari sini...

suka duka, gelak, tangis, air mata... semua cukup...

Alhamdulillah, aku bersyukur, walau apa pun rezeki mu YaALLAH, hanya Engkau maha berkuasa dan mengetahui ..... walaupun berpuluh interviu yang aku pegi, semuanya mendukacitakan. malah ade sesetengah jawatan yang aku hampir dapatkan, walaupun hanya sekadar simpanan...

rezeki aku masih disini, walaupun x sebertuah "orang lain" , aku tanamkan sifat bersyukur dan positif dalam diri agar aku tabah. biarpun rasa makin rebah dengan ujian yang mendatang.... aku cuba cekalkan selagi mampu bertahan...

sedihnye. tapi itu hakikat.

makin kecewa hati ini, bila orang yang dipercayai tikam belakang tanpa sedar, YaAllah, ujian -mu. Aku redha walaupun hati terasa sangat sakit.

 Terima kasih juga kepada si penikam itu, kerana engkau, aku belajar untuk tidak mudah percaya pada manusia. kita berkawan bukan 3 hari, bukan juga 3 bulan, tetapi hampir 2 tahun, walaupun kau lah antara org pertama yang aku kenal ... kau juga yang pertama memberikan semangat dikala aku hilang semangat, kau juga yang tikam aku......

Aku sangat kecewa dengan kau.....

Tiada lagi kepercayaan aku pada manusia lain, terutama lelaki selepas ini,.... tiada lagi erti PERSAHABATAN, antara aku dan kau. hanya urusan kerja. itu pun JIKA PERLU.

setiap yang berlaku, aku doakan balasan pasti akan tiba... Selayak nya bukan aku yg membalas, kerana wujudnya Tuhan.... hanya Dia yang selayaknya.

jika tidak sekarang, mungkin masa depan. apa yang kau buat, xselamanya kau selamat.

wahai penikam, satu masa, kau juga pasti tertikam.