Friday, December 26, 2014

Dugaan December


esok. genap 3 minggu saya bergelar isteri. haih... macam masih tak percaya yang aku telah melangkah ke alam rumah tangga sekarang. Alhamdulillah. so far semuanya ok.

Terima kasih tak terhingga kepada semua hadirin yang hadir. semua nya berjalan lancar walaupun ade beberapa perkara yang tak diingini berlaku. aku anggap semua itu dugaan . Hidup kita sebagai manusia especially golongan marhaein mcm aku ni mmg dah biasa sangat dengan dugaan.... cuma harap aku mampu hadapi dengan sebaiknya.

okla.

Rasa xperlu nak cerita sangat sal hal kenduri kawen aku, alhamdulillah settel dah kedua2 belah majlis sebelah aku dan juga pihak lelaki. aku sangat bersyukur sebab majlis belah lelaki berlangsung dengan cuaca yang sangat baik, sbab selang seminggu selepas majlis belah lelaki, hujan turun dengan lebatnya dan aku sangat terkejut dengan berita pantai timur kini dilanda banjir yang hampir menenggelamkan seluruh bandar.

MasyaAllah...

Dugaan yang Allah nak berikan pada kita.

Semalam, En Suami mundar mandir, xsenang duduk melihat keadaan yang makin teruk yang disiarkan kenyakkan di laman sosial . Namun yang aku perhatikan, media televisyen kurang menyiarkan perkhabaran terkini mengenai status banjir di seluruh kawasan. kebanyakkan nya kami berpandukan gambar dan video yang dikongsikan di laman sosial.

En. suami makin risau bila keluarga xdapat dihubungi... talian disambungkan ke voicemail setiap kali panggilan dilakukan. bekalan elektrik terpaksa dipotong supaya tiada litar pintas. aku juga risau, harap tiada apa yang buruk berlaku... insyaAllah.

Apabila mendengar keluarga sebelah suami, yang terpaksa berpindah ke pusat sementara mangsa banjir, sedih hati ini. sangat kasihan terbayang ibu mertua, adik dan ipar duai terpaksa berpindah ke pusat sementara yang disediakan. tanpa bekalan elektrik, tanpa bekalan air bersih, tanpa infrastruktur kemudahan yang mencukupi, ubat ubatan, dengan karenah mangsa yang makin bertambah dari hari ke sehari sangat meruntun jiwa.

Terbayang, bagaimana kah aku jika aku berada di tempat mereka? bagaimana dengan anak kecil , warga emas dan mereka yang memerlukan rawatan segera? bagaimana keadaan hospital, pesakit kronik yang memerlukan rawatan secepat mungkin, ibu yang akan bersalin dan sebagainya...

YaAllah....

aku hanya mampu berdoa hanya yang terbaik untuk mangsa banjir pantai timur.

Lagi gambar berkaitan mangsa banjir... semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua, aminnnn
















No comments: