Tuesday, December 2, 2014

Counting da BIG Days!



Assalam,

lama x hupdet merapu kat blog den ni.... by da way.. 3 more days.... to go... before my solemnization.

Ape perasaan? - soalan popular dikalangan rakan sekerja , hatta bila bertemu mereka ketika berjalan di kawasan pejabat.
-ak cuma melemparkan senyuman manis , seraya berkata, "InsyaAllah, sedia. Doakan yang terbaik.". Lalu aku laju melangkah, agar tiada soklan cepu emas lain yang menyusul.

Hakikat sedia ataupun tidak, aku perlu lalui dengan hati yang terbuka. Jodoh aku kini makin nyata yang telah ditakdirkan Allah S.WT. Hanya Dia pemilik hati paling hakiki.

Terima Kasih YaAllah, berikan aku bernafas hingga ke hari ini dan berikan aku kebahagiaan setelah hampir 7 tahun mengenali hati budi dengannya.



Aku tiada apa yang perlu diperkatakan.

Kerana, rasa nya terlalu banyak UJIAN  yang dilalui dlam masa terdekat ini. Silih berganti saban hari hingga kini. Benarlah kata orang, ujian orang nak mendirikan rumah tangga berat juga.

mana tak nya, benda yang tak pernah jadi, tetiba jadik on da spot. Pening dan serabut tak usah bicara, umpama santapan harian.

Ujian yang aku hadapkan aje :

= Tayar kereta asyik la nk pancit, selang sehari. lepas tukar kete pun asyik la nak pancit memanjang, beban berat ape yang aku bawak? beban masalah ka....

= Break kereta xmakan, tgh berjalan kat jalan raya, tetiba tekan break kosong! nak terkeluar jantung den , rasa nak terputus tiub arteri pulmonari ni.... cuak gile, nasib baik x cium bumper kete depan. Allah...

= Ex lama duk merayu nak jumpa ... xsedar diri da kawen, duk sibuk call memanjang, macam xde bini... nak je aku kaki kan je,.... hai la lelaki.

= tetiba peminat mcm ramai lak mesej nak kenal, haha! mcm retis aku rasa. siap ayat manes mcm gula cecair nak bancuh dalm minuman gas.

= xcukup plak tayar pancit, break kosong, skru skirting kereta den tercabut tgh jalan. adoyaiii, patut la rasa macam heret besi sepanjang jalan. Alahai la ujian.

Dan macam2 lagi yang lain...

namun ak redha. Ujian MU.... mengujiku... kerana lebih ramai lagi insan yang lebih getir ujianya.

 

No comments: