Wednesday, June 4, 2014

Di kala aku sangat memerlukan...


Hidup ini bukan mudah.....

Hidup juga tak semua indah....

Hidup perlu juga diteruskan walau apa pun rintangan datang menghalang...

kerana itulah tanggungjawab kita sebagai manusia ...

tahukah engkau bahawa aku sangat memerlukan ? sesuatu yang sangat positif untuk tenangkan jiwa dikala badai angin kenyang menghempas dan meragut kebahagiaan jiwa aku selama ni...

langsung aku katakan pada hati sendiri, tak kala "hati, kau harus kuat" , walaupun kau keseorangan, kau mampu. dengan segala kekuatan dalaman. ". walaupun kau jatuh tersungkur, lalu kepala terhantuk pada batu ..., yang tak pernah tahu kesakitan paling perit ditanggung.

lalu aku cuba menyembunyikan kekusutan yang hadir... agar garis kekecewaan tidak terlihat.

agar kedukaan mampu diselindungkan...

biar mereka tahu, aku mampu bertahan, dengan arus badai yang mengganas menghentam...

hakikat nya, aku sendiri tak mampu berdiri.... tak mampu menghela nafas yang menyesakkan segenap ruang yang memenuhi tiap sudut paru-paru...

garis keceriaan yang aku pamerkan bukan cerminan kedukaan yang aku rasakan..

aku buntu...

hanya Allah, tuhan semesta alam yang mengetahui,

kerana hanya Dia tempat aku bersandar, dengan setiap ujian yang makin menghempap...

ya Allah, aku tak mampu....

Tolong lah aku.....











No comments: