bila dah dekat masa nak kawen ni, rasa macam-macam perasaan ade bercampur gaul, macam adunan kek tu! ade rasa gula, rasa tawar mentega, macam2 la... dah kenapa aku merepek ni? ish...
ok,
sebenarnya ak nak citer camni, ak tersangat la risau tahap gaban sampai setiap hari ak berfikir, macam mana kehidupan aku selepas kahwin nanti..? camne kehidupan aku? maksud aku, dari segi kewangan la terutamanya, yela... nak mulakan kehidupan baru, tanpa ada harta ape pun... aku bukan anak orang kaya yang semuanya dah tersedia depan mata. aku macam orang biasa yang bermula everything from zero!
kawan-kawan seangkatan masa aku study dulu, ramai yang dah mendirikan rumah tangga, ada yang menceritakan pahit getir melayari sebuah perkahwinan. mereka kata kewangan memang punca utama masalah. yelah, bayangkan .. kalau dulu sebelum kawen, duduk dengan family, makan minum, rumah, bil letrik, air memang family yang tanggung. aku hampir cuma bayar kereta sahaja. memang heaven juga la sebab tak perlu nak rungsingkan kepala memikirkan perbelanjaan harian.
bila dah kawen...
kehidupan berdikari bermula, semua masalah, kena settle sebaiknya dengan cara paling rasional, banyak hati yang perlu difikirkan, kalau masa bujang, makan x makan, xusah nak citer, bila dah kawen, dah ada tanggungjawab pada suami, makan pakai dia, kena la juga jaga. kewangan memang kena plan bebetul, mana yang tak penting memang kena hold dulu la jawab nya... lagi2 macam aku yang memang jenis tak reti nak sabar ni... ish... rasa nak time tu juga. tapi lepas ni aku kena belajar bersabar, dan dahulukan mana keperluan yang lebih penting dlu. masa belum kawen, kalau ada masalah kewangan, boleh la kau nak pinjam mak ayah, bila dah kawen? mana nak letak muka nak pinjam dengan mereka?
ok, aku nak citer sal rezeki plak,
semua orang mahukan rezeki yang murah.
semua orang berdoa, mohon dimurahkan rezeki oleh tuhan.
rezeki tak mudah dan takkan datang bergolek tanpa usaha yang gigih..
ada juga rezeki yang datang tanpa disangka, orang kata rezeki terpijak... tapi kalau nak harap yang tu, memang tak jadi ape la.
aku dah banyak kali terdengar orang kata, "takpela weh, kau kawen je dulu, pasal duit ke rezeki tu, jangan risau, itu kerja tuhan. dia akan berikan rezeki yang tak putus lepas kawen, insyaAllah tak bangkrap la kalau nak kawen !"~
ok, memang la x de la sampai bangkrap, eh! lain la kalau kau x usaha, memang la boleh bangkrap!
yes..! aku tahu, aku seorang perempuan, tanggungjawab bakal suami aku untuk jaga makan pakai, keperluan harian aku, tapi yela, sebagai isteri aku juga perlu membantu dia untuk uruskan rumah tangga untuk menjamin masa depan kami dan anak2 kami nanti (nampak tak ayat aku tuh!) anak-anak!
rezeki ada banyak..
rezeki orang lain-lain. ada yang dapat cepat, ada yang dapat lambat, ada yang banyak. ada yang sikit. ada yang cukup-cukup je.
aku tengok, kawan aku yang dah kawen 2 tahun lepas, masa belum kawen, kerja pun x menentu, gaji selalu je xcukup, pernah aku tengok dia bayar untuk isi minyak pakai duit seringgit2 + syiling. ! makan pakai pun mana yang ada je, dia menceritakan kepayahan hidup sebelum berkahwin, sebab masa itu baru grad, belum ada kerja yang tetap, kerja asyik bertukar, kerja sambilan , kontrak di sebuah jabatan kerajaan, marketing sales, dan banyak lagi, lalu aku terfikir, bagaimana agaknya kehidupan dia selepas kawen? makin susah kah? kalau ada anak nanti bagaimana?
tapi yelah, tuhan tu maha adil..., lepas dia kawen, ade rezeki datang sikit-sikit, husband dia dapat jadi guru tetap sebuah sekolah under Mara. pastu, x lama selepas tu, kawan aku tu plak dapat offer tuk jadi pensyarah di sebuah kolej kerajaan. nampak x ? rezeki kalau Allah nak bagi? sekarang ni hidup mereka suami isteri aku tengok memang dah tiada masalah , dah boleh hidup mewah sikit. yela, suami isteri dah ada gaji tetap,
aku?
aku masih macam ni la, gaji pun cukup2 , kadang terkurang, kadang terlebih sikit, kadang tepat-tepat. entahla. kerja belum dapat tetap, gaji tak menentu. aku kena buat part time side income lain untuk tambah. Ya Allah, murahkan rezeki hamba mu!
kerja lain? bukan tak minta... aku rasa resume dah boleh buat buku novel tebalnya kalau disusun satu2.
ya, aku redha semua ni dan harap hikmah dari Dia yang maha mengetahui, mungkin dia nak berikan rezeki yang lebih besar? (nampak tak ayat senangkan hati)
ada yang berusaha sekeras mungkin, tapi rezeki belum ada, ada yang usaha sikit, rezeki dah melimpah ruah... semua ini kerana apa? ya, ! kerja tuhan, dia adalah sebaik-baik perancang, untuk kita umat ciptaan nya.
kita hanya....
HAMBA!
perlu doa, dan minta kepada-Nya.
moga aku tabah. doakan.
Ketujuh : Rezeki ada dalam perkahwinan.
Dengan berkahwin, bukan sahaja rezeki yang kita menjadi berkat bahkan Allah akan buka pintu rezeki kita dengan seluas-luasnya kerana kita sudah mengikuti sunnah dan juga mendirikan separuh dari agama.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Surah An Nuur ayat 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke alam perkahwinan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masaalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, ramai mereka sebelum berkahwin miskin tidak mempunyai apa-apa harta, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya sekeluarga.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang berkahwin kerana ingin memelihara kehormatannya”. (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.