Assalammualaikum w.b.t
hye semua... arini nak share satu benda yang paling penting.... kadang kala kita lupa kan dlam kehidupan kita yang serba serbi buzy ni kan? ya... seperti yang kita tahu, Al-Quran merupakan penawar kepada rohani kita... sumber ketenangan jiwa yang takkan kita dapat dari mana pun, melainkan dengan izin -Nya.. insyaAllah...
lately... entahla... rasa jiwa kosong, otak serabut, pikir2 mcm 2 hal duniawi yang rasa tak terpikul bebanan nya.... yela... kehidupan selepas study agak bukan mudah kan..? slalu nya kita dah biasa, duit diberi, ade biasiswa, pinjaman , tajaan @ sebagainya... then bila da start nak memulakan hidup sendiri... baru terasa peritnya bukan kepalang (bagi background family yang biasa mcm saya) bila kira rasa kan rezeki susah sangat nak dtg kepada kita, setelah kita berusaha, bertawakal dan berdoa ..
satu hari, ada seorang hamba Allah (kawan rapat saya) tnya.. kenapa sy slalu muram, fikiran serabut n sebagainya, xheppi go lucky mcm sebelum nya..? saya pun menceritakan masalah n dugaan yang sedang melanda hidup.... beliau seraya berkata n memberikan cadangan agar saya tidak putus2 melakukan solat hajat, solat dhuha, (selain solat fardu 5 waktu) dan mengamalkan surah Al waqiah dalam kehidupan seharian, terutamanya selepas menunaikan solat maghrib atau isyak.
saya pun kemudian memikirkan sejenak apa yang dikata kan oleh sahabat saya tadi... ade kebenarannya.... dan kemudian saya mengambil laptop, n search kelebihan surah al-waqiah dia Google. (Sumber yang paling pantas sy fikirkan ketika itu)... lalu terdapat beberapa blog dan artikel berkaitan surah al-waqiah , siap ade sebahagian nye bleh download mp3! wah hebatnye teknologi skrg.. alhamdulillah... saya pun terus mendownload mp3 tersebut dan kemudian "play" sambil mengikuti bait2 indah kalam Allah yang paling Agung itu.... Alhamdulillah.. jiwa terasa tenang sekali... :)
berikut merupakan kelebihan yg diperolehi dari surah Al-Waqiah :
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat dan kelebihan, antara lain:
- Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
- Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
- Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam
satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya
khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
- Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa
bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh
dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa
setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi
dermawan.
- Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan
rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25
kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat
berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25
kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti
dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai,
hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini
sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
- Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
akhir skali, semoga perkongsian yang tak seberapa ini meningkatkan lagi keyakinan kita dan menarik minat kita untuk mendalami kelebihan ayat yang terkandung dalam Al-Quran :)
Semoga rezeki kita makin bertambah, Wallahualam .. wassalam
No comments:
Post a Comment