Monday, August 3, 2015

Starting New Job



Alhamdulillah... masuk bulan baru. bulan Ogos. 18 Ramadhan 1436 H. 

Ahamdulillah... Kesayangan dapat keje kat tempat baru hari ni... Tahniah... Walaupun jauh ciked, xpela, berkorban demi mencari sesuap nasi dan rezeki kan, at least ada kemajuan dalam kerjaya tu orang cakap... Kemajuan dalam ilmu dan pengalaman... Moga ada keberkatan kan. I will support u dear. Tumpang happy dan mudah-mudah serasi dengan dia. 

Apepun aku bersyukur, dengan rezeki yg diberikan... mudah-mudahan rezeki aku pula xlama lagi...

Waiting for interview result, tempat idaman .... dan aku pun dan bernazar beberapa perkara, kalau dapat je, trus akan aku laksanakan, amin... aku da puas berusaha.... kalau ditakdirkan bukan rezeki, redha dan cuba lagi.... tapi bila umur makin meningkat... sumpah rasa xdaya dah nak berulang gi interview session... haduh.... mudah-mudahan ini yg terakhir dan dapat... chances tu insyaAllah ada, cuma rezeki di Tangan Dia yang Maha Berkuasa. 

dan untuk Dia yang masuk keje baru arini, Tahniah dan kerja dengan penuh dedikasi dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab anda ye, i will always support u 


Monday, July 6, 2015

MAAFkan aku

Salam 19 Ramadhan 1436 H.

lama tak ketak ketik sambil berpikir ape kebenda nak tulis depan monitor ni....

kalau pikirkan kisah hidup den ni... mau panjang macam novel gamak nye.... biasalah.. asam garam kehidupan...

Hari ni 6 July 2015, genap la 7 bulan aku bergelar isteri... banyak yang aku belajar sal tanggungjawab, kasih sayang, dan macam2 lagi la... tak terlepas juga orang kata dugaan tahun pertama perkahwinan. YaALLAH... aku rasa setiap sudut hampir aku rasakan....

Dugaan lepas kawen ni pada aku memang banyak... tapi alhamdulillah, bukan hanya aku simpan dan bukan tanggung sorang2... Suami mmg membantu... kalau aku sorang rasanya, koma 3 bulan kot... tapi yela, biasalah aku.... pada aku, ade juga benda yang aku rasa xsesuai nak share, aku akan pendam sorang2... yang aku rasakan aku patut setelkan sendiri...

Sekarang ni aku tak pasti.... ada sesuatu perkara yang bermain2 menghasut fikiran aku.... makin aku pendam, makin hari makin bersarang di benak sanubari.... yaAllah, show me the best path , which one the best part i need. Susahnye menjadi diri aku.... tapi aku xsalahkan takdir, segala yang ditakdirkan segala nya berpunca dari diri aku sendiri... mungkin ade pengajaran yang Allah nak aku belajar...

Maafkan aku wahai semua insan yang aku kenali dan sakiti, ketahuilah bahawa aku tak sanggup untuk berterus terang.... jauh di sudut hati paling dalam, aku sangat-sangat menyayangi dan menghargai. andai satu masa aku undur, ketahuilah bahawa aku tak mampu memenuhi hasrat yang telah aku janjikan. aku hanya mampu tersenyum hambar, saat kau memberikan impian setinggi awan dia angkasa. ku xmampu gapai....

Allah know which the best for us....

tak tahu mengapa.... semua ini berlaku tanpa di rancang... aku juga tau, maafku bisa menambahkan sakit jauh dilubuk hatimu.... semakin lama aku semakin lemah tak bermaya. tak mampu berkata, walaupun sepatah ayat. xsanggup melihat, apatah merasa... yaAllah, aku sungguh2 tak tahu nak ckp macam mana....

Tersepit antara dua Fasa.


aku mohon kepada dia. jangan bunuh hati dan jiwa mu kerna aku. aku sangat tak layak, untuk berada dihatimu.





Wednesday, March 25, 2015

masa lalu yang ditinggal


Assalamm....

Selamat pagi.... dan selamat Hari Lahir yang ke 29 , buat suami tercinta.

Encik Hazwan Hariz bin Hamzah.





Semoga sentiasa success dalam kehidupan dan kerjaya. Terima kasih kerana sentiasa bersama sayang, dikala susah dan senang selama hampir 6 tahun ( i guess) . semoga menjadi suami yang bertanggungjawab dan menjalankan amanah yang diberikan dengan ikhlas dan kasih sayang, cewah....

ok habes sal citer besday.

ok. sebenarnye, pepagi ni, jiwa raga aku tersentuh setelah membaca message dalam private chat facebook aku semalam....

Ya. dari seseorang yang aku pernah kenali dahulu... hampir 6 tahun juga aku dah lost contact ngn dia. Dia adalah salah seorang sahabat yang hampir menjadi istimewa masa zaman remaja or muda mudi aku dulu laa ... lebih kurang... aku pun rasa nya tak la se-serious mana dengan dia... hanya kawan, dan jumpa beberapa kali.

Tetiba kenangan bersama dia silih berganti... setiap detik, ketika hari lahir aku, yang ke-21 ( muda gile masa tu hokey). dia ada bersama... buat surprise di tepi pantai bersama kawan-kawan aku yang lain. sweet sangat rasa masa tu, yela.... aku pun budak lagi masa tu, mmg rasa teruja. Gambar2 lama, semua aku da delete, since aku da decide untuk tak contact dia lagi. nekad nya hati aku untuk tak memilih dia.

Alhamdulillah.... aku tengok dia dah berjaya sekarang ni.... menjadi seorang Engineer di sebuah syarikat besar. dalam hati kecil aku, bangga dengan kejayaan dia. Cita-cita dia untuk menjadi engineer tercapai juga. Dia dah buktikan yang apa yang dia mahukan dah menjadi kenyataan. teringat aku pada kata2 dia semasa konvokesyen Diploma Kejuruteraan pada tahun 2008 dulu...

Semua berakhir bila aku mmg da memilih yang lain... aku memang da lama xamek tahu pasal dia... langsung... sejak aku ucapkan yang "kita sesuai untuk kawan biasa" ... aku nekad untuk tukar no telefon. langsung trus lost contact. mungkin aku yang xsanggup tengok dia kecewa. buat apa bagi harapan jika kita sendiri tak ikhlas cintakan dia rite? (memetik kata seseorang)

Tak nafikan. dia mmg seorang yang baik. dia kata, aku adalah perempuan pertama yang dia jatuh cinta. haha!.. ok. aku xkisah sangat pun kata2 camtu. bagi aku... lelaki hanya pandai ayat manis jer.... dan sekarang, aku lihat, dia masih single n tiada sesiapa. aku scroll semula Fb dia. dia masih seperti dahulu... dengan gaya dan style yang sama. tak berubah..

ok dah la.... semua da settle.. hehe...

Kesimpulan. Terima kasih yaAllah, kerana pernah mempertemukan aku dengan lelaki yang baik seperti mereka. walaupun telah lama, kenangan itu tetap bersemadi dalam lipatan kehidupan aku buat selamanya. Terima kasih kerana pernah menyayangi dan memberi ruang dalam hatimu, meskipun kita bukan ditakdirkan, kau adalah antara lelaki yang baik aku kenali. ini mungkin titipan terakhir buatmu.

thanks for everything. fren.



Thursday, March 19, 2015

Bagi blog wajah baru

Hitam... hitam dan hitam....

aku sendiri pun dah bosan dan tak nak hidup aku diselubungi kegelapan....

so... make up kan sikit blog ni...

dengan warna kegemaran aku... peach dan purple...

mudah-mudahan aku sendiri baca xpening kepala....

heh. tu je.

Monday, February 9, 2015

Napa kita tak bersyukur?

Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Positif dan Bersyukurlah.