Wednesday, March 25, 2015

masa lalu yang ditinggal


Assalamm....

Selamat pagi.... dan selamat Hari Lahir yang ke 29 , buat suami tercinta.

Encik Hazwan Hariz bin Hamzah.





Semoga sentiasa success dalam kehidupan dan kerjaya. Terima kasih kerana sentiasa bersama sayang, dikala susah dan senang selama hampir 6 tahun ( i guess) . semoga menjadi suami yang bertanggungjawab dan menjalankan amanah yang diberikan dengan ikhlas dan kasih sayang, cewah....

ok habes sal citer besday.

ok. sebenarnye, pepagi ni, jiwa raga aku tersentuh setelah membaca message dalam private chat facebook aku semalam....

Ya. dari seseorang yang aku pernah kenali dahulu... hampir 6 tahun juga aku dah lost contact ngn dia. Dia adalah salah seorang sahabat yang hampir menjadi istimewa masa zaman remaja or muda mudi aku dulu laa ... lebih kurang... aku pun rasa nya tak la se-serious mana dengan dia... hanya kawan, dan jumpa beberapa kali.

Tetiba kenangan bersama dia silih berganti... setiap detik, ketika hari lahir aku, yang ke-21 ( muda gile masa tu hokey). dia ada bersama... buat surprise di tepi pantai bersama kawan-kawan aku yang lain. sweet sangat rasa masa tu, yela.... aku pun budak lagi masa tu, mmg rasa teruja. Gambar2 lama, semua aku da delete, since aku da decide untuk tak contact dia lagi. nekad nya hati aku untuk tak memilih dia.

Alhamdulillah.... aku tengok dia dah berjaya sekarang ni.... menjadi seorang Engineer di sebuah syarikat besar. dalam hati kecil aku, bangga dengan kejayaan dia. Cita-cita dia untuk menjadi engineer tercapai juga. Dia dah buktikan yang apa yang dia mahukan dah menjadi kenyataan. teringat aku pada kata2 dia semasa konvokesyen Diploma Kejuruteraan pada tahun 2008 dulu...

Semua berakhir bila aku mmg da memilih yang lain... aku memang da lama xamek tahu pasal dia... langsung... sejak aku ucapkan yang "kita sesuai untuk kawan biasa" ... aku nekad untuk tukar no telefon. langsung trus lost contact. mungkin aku yang xsanggup tengok dia kecewa. buat apa bagi harapan jika kita sendiri tak ikhlas cintakan dia rite? (memetik kata seseorang)

Tak nafikan. dia mmg seorang yang baik. dia kata, aku adalah perempuan pertama yang dia jatuh cinta. haha!.. ok. aku xkisah sangat pun kata2 camtu. bagi aku... lelaki hanya pandai ayat manis jer.... dan sekarang, aku lihat, dia masih single n tiada sesiapa. aku scroll semula Fb dia. dia masih seperti dahulu... dengan gaya dan style yang sama. tak berubah..

ok dah la.... semua da settle.. hehe...

Kesimpulan. Terima kasih yaAllah, kerana pernah mempertemukan aku dengan lelaki yang baik seperti mereka. walaupun telah lama, kenangan itu tetap bersemadi dalam lipatan kehidupan aku buat selamanya. Terima kasih kerana pernah menyayangi dan memberi ruang dalam hatimu, meskipun kita bukan ditakdirkan, kau adalah antara lelaki yang baik aku kenali. ini mungkin titipan terakhir buatmu.

thanks for everything. fren.



Thursday, March 19, 2015

Bagi blog wajah baru

Hitam... hitam dan hitam....

aku sendiri pun dah bosan dan tak nak hidup aku diselubungi kegelapan....

so... make up kan sikit blog ni...

dengan warna kegemaran aku... peach dan purple...

mudah-mudahan aku sendiri baca xpening kepala....

heh. tu je.