Friday, August 8, 2014

Sifat wanita yang lelaki perlu tahu

 Lately.... ramai lak lelaki yang tanya, camna untuk faham wanita, sebab wanita tu complicated... so ni jawapan yang aku rasa ade sipi2 kena...

cekidaut....


1. Perempuan adalah makhluk yang …paling sensitif bila diorang tengah datang bulan. Ni kita panggil sindrom datang bulan (PMS). *amaran: jangan pernah buat mereka marah masa ni..
.
2. Perempuan paling suka berborak. Jadilah pendengar yang setia.
.
3. Perempuan suka ambil gambar banyak-banyak untuk jadikan kenangan. Jadi tak hairan lah kalau dalam tandas pun mereka nak bergambar..hihihi..
.
4. Perempuan kalau memuji perempuan lain memang tak akan habis.
.
5. Perempuan paling suka makan. Lepas tu mulalah bising berat dah naik. *diet
.
6. Bila buah hati mereka tak balas mesej dalam tempoh yang lama, 3 perkara yang berada di fikiran mereka samada mereka rasa bf mengabaikan mereka, bf marahkan mereka atau bf rasa mereka menjengkelkan atau menganggu.
.
7. Perempuan sukakan pujian, lebih2 lagi dari seseorang yang mereka sukai.
.
8. Bila perempuan marah mereka bukan sengaja nak marah tapi sebab mereka sayang dan ambil berat.
.
9. Perempuan yang paling garang sebelum kahwin adalah isteri yang paling manja.
.
10. Bila seseorang perempuan jatuh hati, mereka akan mengatakan kenapa mereka tak berjumpa dengan orang itu lebih awal.
.
11. Perempuan sukakan lelaki yang bersikap melindungi, tapi jangan terlalu melindungi sampai mengongkong pula..
.
12. Perempuan tak kan pernah dapat mencari perkara negatif pasal seseorang yang mereka sukai setelah mereka jatuh cinta.
.
13. Bila perempuan benci kan seseorang jangan terkejut bila bestfriend mereka pun ikut sama benci dekat orang tu.
.
14. Perempuan bila melayan bestfriend mereka kalah pasangan bercinta, sampai orang lain pun boleh jealous dengan kemesraan mereka.
.
15. Bila sedih, perempuan suka dipeluk sebab mereka rasa selamat.
.
16. Kadang-kadang perempuan suka bagi petunjuk dekat seseorang yang mereka sayang tentang apa yang mereka suka *tetapi tulah lelaki ni tak faham bahasa isyarat.
.
17. Walaupun mempunyai kawan lelaki dan peminat yang ramai tapi dalam masa yang sama dalam fikiran diorang hanya ada seseorang yang mereka sayang sahaja.
.
18. Bila perempuan mula cemburu mereka boleh jadi detective yang paling berjaya tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh sampai lubang cacing pun mereka selidik.
.
19. Perempuan suka banyak berfikir dan suka buat kesimpulan yang bukan2 tentang buah hati mereka.Tapi sebenarnya apa yang mereka fikirkan tu tak berlaku pun. Risau tak sudah.
.
20. Walaupun dah banyak baju tapi tetap mengatakan tiada baju untuk dipakai.
.
21. Perempuan akan berasa cemburu bila ternampak kekasih mereka dengan perempuan lain walaupun sekadar kawan.
.
22. Jangan tipu kami kerana kami akan selalu dapat tahu
.
23.Walaupun bersedih perempuan tetap akan tersenyum. Mereka akan nangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria semula di hadapan orang.
.
24. Air mata adalah senjata wanita.
.
25. Bila perempuan senyap secara tiba2 maka hairan lah sebab ada sesuatu yang berlaku disitu.
.
26. Jangan lupakan tarikh lahir seseorang perempuan sebab perempuan sentiasa menunggu si dia wish happy birthday walaupun tiada hadiah. Cukup sekadar mengingat untuk menunjukkan mereka dihargai si dia.
.
27. Perempuan dapat mengingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan lelaki. Sebab tulah bila lelaki mungkir janji mereka akan ingat sampai bila2.
.
28. Kalau perempuan selalu menghubungi awak tu sebab mereka tak nak lost contact dari awak.
.
29. Walaupun busy macam mana pun tolonglah luangkan sedikit masa untuk perempuan sebab mereka ni agak mudah berkecil hati. Pasti akan ada perasaan sedih.
.
30. Bila seseorang perempuan sudah sayang kan seseorang lelaki yang dia sayang, dia kan sayang orang tu sampai bila2..



ni cuma sebahagian... kalau nak senaraikan semuanya... aku rasa mau tebal macam gampang....


Monday, August 4, 2014

10 janji ALLAH SWT kepada hambanya yang berkahwin






resah gelisah....

menanti saat bermulanya fasa perubahan dalam hidup...

yela... hidup ni umpama roda.... setiap yang berlaku, ada kitaran yang tersendiri yang Allah dah aturkan bermula roh kita ditiupkan dalam rahim ibu lagi.

bermula dari fasa dalam rahim ibu, membesar sebagai janin, kemudian dilahirkan atas muka bumi sebagai bayi...  membesar sebagai kanak-kanak, melangkah ke usia remaja, dan seterusnya menganjak ke usia dewasa... banyak pengalaman baru yang akan kita tempuh... sebagai manusia.

kuasa Allah,..

betapa kerdilnya kita manusia, disisinya.

setiap nafas yang dihela, setiap detik yang dilalui, kita bergantung padanya...  meskipun kadang kala diuji, itu tandanya kita insan yang terpilih....  kerana pasti ada hikmah yang akan datang bersama.

Allah tidak kejam, membiarkan kita melalui fasa hidup sendirian, tanpa nikmat darinya. kita bukanlah sesiapa. jika kita ingat padanya, maka Dia sentiasa bersama.

 10 janji Allah buat hambanya yang ingin berkahwin.

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.