Monday, September 26, 2011

comPlicatED LIFE!!!

Agggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...... siyes....!!! time ni ak rase nak jeritttt aje kat seluruh alam ni.... biar semua manusia, benda2, binatang mahupun haiwan.... tumbuhan... semua tahu yang ak sedang TENSENNNNN!!!! huhuhuh...



ak rase... semester ni merupakan cabaran terbesar dalam hidup ak.... huhuhuh.... minggu ni adalah minggu ke-3 semester baru kedua bermula.... n masalah  demi masalah mula memuncul kan diri masing2 meminta untuk diselesaikan satu persatu..... :(( mungkin... ini bahagian ak tuk tahun ni yang tuhan da tentukan.... ak redha n terima sebagai cabaran hidup... semoga ak lebih matang....


masalah yang mula2 MUNCUL.... sem ni ak sangat berdikari tanpa bergantung kepada sesape pun.... ak berdiri atas kaki sendiri... ak bakal wat asaimen sendiri..... xde lagi perbincangan daripada rakan2 ak yang terdekat.... tiada lagi soalan spot yang selalu ak tanye kan pada kawan2 ak sebelum exam.... tiada lagi keje grouping bersama orang yg ak kenal... (semuanye org xkenal) - sem ni aku sendirian amek subjek ... :(( sangat SEDIH..... duk mendengar kata2 penerangan lecturer sambil otak ak menerawang jauh ntah kemana2.... huhuhuh....




pertambahan stress ak juga ditambah oleh seseorang yang ak xkenal pun sebelum ni..... dimana ak terpaksa menjalani semua kelas bersama dia.... ARGGGGHHHHHHHHHHHHHHH..... tidak.....!!!! ak sebenarnye bukan kisah sgt kat orang ni..... cuma ak rase "dia" suka semakkan fikiran ak...semakkan fikiran ak.???  maybe ak rase dia xsengaja nak semakkan otak ak... dia xmenyedarinye pun... ak pun xsampai hati nak cakap kat dia yang dia wat penambahan keTENSENan dalam diri ak.... :(( ak rase semua kawan2 ak yang tedekat dah leh agak siapakah yang dimaksudkan..... huhuhuh... tertanye2 bagaimana kah orgnye..??? ahahh.... lebih kurang mcm ni laaaa....


**



**




**



**



**






ataupun..... lebih tepat yang mcm ni la kot..... 


**


**



**




***




****





****








OHHHHHHHH..... PLEZZ GO AWAY FROMMM MEEEE....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!   

OH TIDAK...!!! bila fikir sal dia terus je xde MOOD nak menaip lagi... 


to be continue...!!!! :(

Wednesday, September 14, 2011

PerMUlaan sebuah perjuangan !!!

1




hye semuaa..!!! this week i continue again my 2nd semester study for MBA .... huhuhu... very de LAZYYY lah... adush.... T_T kuang kuang.... minggu ni ak decide nak pi 2 kelas jer dari 4 kelas yang ak da register... huhuh... takpela... orang lain ade yg lagi teruk dari aku kowt.... ade yg belom datang mane2 kelas pown...!!! hahaha.. kira ak ni rajin juga la kan.... hehhee ^_^ tu pun ak ulang alik dari umah.. sementara nak tunggu result dapat penempatan kolej... senang sket ak nak ulang alik ke kelas.... hari ni je pun ak balik kelas malam ni kul 9 lebihhhhh..!!! oh no..!! kalo mcm ni ari2 mau masak ak wehhh... T_T ... ad plak tu.. lect yang skema siap da bagi asaiment lak tuh suh hantar next weekk.... huhuh.... tapi bila difikir2 kan semula.... ak mmg patut pun ubah attitude ak kali nih tuk lebih belajar rajin sket dari last semester... huhuhuh... ok ak TRY... jgn smpai jadi cmnih dah lah......



*


*


*



*


*


*



*


*


*



HUWWWAAA.... hmmmm... berdasarkan pemerhatian ak pada sem kali ni... mmg la TERSANGAT LAHHH BERAT semua subjek nye...!!!! adushhhh... T_T ... semua lak tu kena amek CORE subjek...!!! adush... bertahan la yatie... 2 sem jer lagi wehhhh... pastu ko dapat la master yang ko idamkan tuh (kata dlm hati ak) huhuhuh....


p/s : Tajuk research nak hantar next week blur lagi... xtau nak wat ape.... huhuhuh huuuuwwwaaa... >_<

Friday, September 9, 2011

Gitar yang menggetarkan jiwa....



ok.... tajuk mmg xleh nak blah.... hahaha.... tapi harini ak nak citer tentang antara alat muzik yang ak sgtttttttt la suka.... lagi2 kalo yang mainkan tu plak mamat jiwang... hik hik hik.... tujukan lagu cintan cintun KHAS tuk ak.... alahai.... ak rase mcam nak tercabut jiwa RAGA ak ni.... OMG....!!!! ^__^ rasa hati ni semakin berbunga mekar... ahaks.... :)






ermmm.... dari dlu ak mmg sgt mengimpikan seorang jejaka tujukan lagu khas tuk ak smbil main gitar dalam suasana yang sgt romantik di tepian pantai yang indah..... aduuiiiiii.... mau terlena ak dalam ANGAN2 yang xsudah.... hahhaha < aduiii yatie.... wake up!!!! wake up!!!! jangan asyik berangan.... hehehe >  bila ak pandang gitar tu pun... dah macam rupa ni dah..... :-



*



*



*




*



*



*



*



*


*





*



*





HAHAHAHA..... okie yatie.... STOP DREAMING OK....!! :P 

Wednesday, September 7, 2011

Adakah DIA jodoh kita?




selalu jer kta dengar orang yang bercouple "bertahun2 "  putus cinta kan..? bukan jer putus cinta... malas putus tunang n sebagai nye.... huhuh...time study.... kta selalu tgk pasangan yang sedang hangat bercinta... kemana2 saje pun nampak muka dorang berdua je.... kalo duk study same2 or wat discussion tu mmg bagus.... tapi kalo duk bermanja sakan... ak pun naik geli geleman juga... pi cafe same2, gi library same2... dah la kelas sama... gi outing same2 ... siang malam duk melepak kat tepi pagar kolej.... hehhe... ^__^




Ok.... ak paham situasi tu..... bila bunga2 cinta mmg la nampak hepi jer.... tapi bila dah hancur LULUH.....



*

*

*

*

*


 Pastu kta mula la menyalah kan pasangan ... nape semua ni berlaku... adakah kerana ad pihak ketiga or sebagai nye... huhuhuh









 ak mmg xdapat nak bayangkan perasaan mereka cmne.... >_< ... mcm ak bace dlm blog sahabat ak... dia kata putus tunang merupakan saat paling menyeksakan dlm hidup..... umpama gigit  cili  6 KILO dlm mulut lame2...pastu kemam selama setengah jam... pastu tutup mata rase nak JERITTTT,....  huhuhuh... punye la SEKSA NYE...!!! yela... mana taknye... seseorang yang kta impikan akan menjadi milik kta..... mendirikan rumah tangga bersama nye.... berkongsi susah n senang bersama nye tetiba HILANG LESAP  camtu jer... hancur hati berkecai2... RETAK REMUK... huhuhuh,... mudah-mudahan ak xdiberikan pengalaman yang sadis cmtu.... rase mcm tak tertanggung ....

*********************





OKla.... kat bawah ni... ak nak share 10 petanda Dia adalah JODOH kta.... ak petik dari sebuah website... mudah -mudahan akan menjadi panduan dlm hidup kta semua... tapi... kita tak boleh la nak ikat diri kta tuk paksa bersama ngan dia... walaupun kta rase xde keserasian tuk bersama ngan dia.... mungkin Allah da tentukan bahawa dia bukan milik kta... n bukan yang terbaik tuk diri kita... Dia maha mengetahui 





Mungkin ade insan lain yang dicipta kan lebih baik tuk kta.... 


*


*


*



*



*


*


*


*


*



*

*






SOOOO SUWEEEETTTTT!!!!! 

ALAHAI..... NAPA PLAK JIWANG AK MALAM NIH.... :P 

ok... layan tips nih... ^___^


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Monday, September 5, 2011

# SWeet Corn


hehehe... suka nye ak tgk pic comel 4 flavor dutch lady yang terbaru ni.... nak kata baru tak juga la... da lama... tapi ak baru berpeluang nak rase,... hehehe... setelah berusaha mencarinye... baru arini jumpa.... :)) tapi bukan semua flavor kat pic tu ade... hanya yang mendapat undian citarasa paling digemari rakyat malaysia jer... dan dah tentunye pemenangnye adalah SWEETTT CORN... yang tentu nye mmg sgt sSEDAAAPPP... THUMBS UPP....!!! :) saya sangat mengemarinyeee... :P tak tau la cmne agaknye jagung ni leh menang.... adakah sebab faizal tahir yang mewakili pihak jagung,,??? selain tu... ade juga artis lain yang mewakili flavor masing2, mcm ziana zain.... n sape ntah lagi,....  hehehhe... tapi rase nye mmg enak.... lemak2 manis la camtu... ni pic kotaknye... 



*

**

*

*

*

**

**

*

*

*

*



disebab kan rase nye yang sgt sedap.... ak pun rembat dua pek skali.... hehhee.... kalo minum time sejuk mmg la KLASSSSS.... hehhee... pada yang belum sempat nak rase flavor ni,.. cepat2 la pi try... dapatkan di pasaraya yang berhampiran... mmg xrugi... hehhee... :)