Wednesday, December 31, 2014

Asam Gula dan Cuka 2014


x lama 2014 pula akan melabuhkan tirai nya.

Berakhir 365 hari dalam tahun nya yang mencoret kenangan asam, gula, cuka, dan peria.... huhuh....

Tahun ni merupakan tahun ketabahan dan dugaan bagi aku, penuh dengan suka duka linangan air mata. kegembiraan juga kesedihan pastinya.

Semalam aku mendapat perkabaran sedih sekali lagi.... yaAllah. ujianMu.... sekali lagi aku diuji lagi untuk pengakhiran tahun ini . untuk tahun ni dah berapa kali gagal dalam temuduga kerja. cuma calon simpanan? itu adalah kata lain nya. bermaksud memang tiada rezeki itu untuk aku.

aku bukan tidak bersyukur.... alhamdulillah dengan rezeki yang sementara ini.... namun, tuah ku xseperti orang lain, yang mudah sahaja dapat. aku hanya senyum melihat kebahagiaan mereka. dalam hati, hanya mampu berdoa, yaAllah turunkan rezeki mu yang ada di langit dan dibumi jika ia adalah untukku. jangan kau uji aku yang lemah ini dengan dugaan yang xmampu aku pikul bebanannya. \

hatiku aku kecewa.

" andai dirimu diuji dengan kesusahan hidup, tetapkanlah hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada ALLAH S.W.T.

itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan hati bicaramu. Allah amat suka mendengar luahan hati bicara dan bisikan hati yang rindu pada kasih sayangnya.



Rasa seperti tidak mampu meneruskan pengharapan. Namun aku kena kuat, demi meneruskan kelangsungan hidup .

yaAllah, aku mohon kuatkan hati dan ketabahan hati aku menempuh segala ujianMu... jadikan aku orang yang redha dan bersyukur. agar aku sentiasa mensyukuri nikmatMU...


"wahai wanita, titipkan lah doa disetiap titisan hangat yang membasahi pipimu, yang jatuh berguguran, Dia Maha mendengar, apatah lagi doamu yang diringi lelehan airmata, sangat bernilai sepotong doa yang dilafazkan disisiNya . Bersabarlah.


Friday, December 26, 2014

Dugaan December


esok. genap 3 minggu saya bergelar isteri. haih... macam masih tak percaya yang aku telah melangkah ke alam rumah tangga sekarang. Alhamdulillah. so far semuanya ok.

Terima kasih tak terhingga kepada semua hadirin yang hadir. semua nya berjalan lancar walaupun ade beberapa perkara yang tak diingini berlaku. aku anggap semua itu dugaan . Hidup kita sebagai manusia especially golongan marhaein mcm aku ni mmg dah biasa sangat dengan dugaan.... cuma harap aku mampu hadapi dengan sebaiknya.

okla.

Rasa xperlu nak cerita sangat sal hal kenduri kawen aku, alhamdulillah settel dah kedua2 belah majlis sebelah aku dan juga pihak lelaki. aku sangat bersyukur sebab majlis belah lelaki berlangsung dengan cuaca yang sangat baik, sbab selang seminggu selepas majlis belah lelaki, hujan turun dengan lebatnya dan aku sangat terkejut dengan berita pantai timur kini dilanda banjir yang hampir menenggelamkan seluruh bandar.

MasyaAllah...

Dugaan yang Allah nak berikan pada kita.

Semalam, En Suami mundar mandir, xsenang duduk melihat keadaan yang makin teruk yang disiarkan kenyakkan di laman sosial . Namun yang aku perhatikan, media televisyen kurang menyiarkan perkhabaran terkini mengenai status banjir di seluruh kawasan. kebanyakkan nya kami berpandukan gambar dan video yang dikongsikan di laman sosial.

En. suami makin risau bila keluarga xdapat dihubungi... talian disambungkan ke voicemail setiap kali panggilan dilakukan. bekalan elektrik terpaksa dipotong supaya tiada litar pintas. aku juga risau, harap tiada apa yang buruk berlaku... insyaAllah.

Apabila mendengar keluarga sebelah suami, yang terpaksa berpindah ke pusat sementara mangsa banjir, sedih hati ini. sangat kasihan terbayang ibu mertua, adik dan ipar duai terpaksa berpindah ke pusat sementara yang disediakan. tanpa bekalan elektrik, tanpa bekalan air bersih, tanpa infrastruktur kemudahan yang mencukupi, ubat ubatan, dengan karenah mangsa yang makin bertambah dari hari ke sehari sangat meruntun jiwa.

Terbayang, bagaimana kah aku jika aku berada di tempat mereka? bagaimana dengan anak kecil , warga emas dan mereka yang memerlukan rawatan segera? bagaimana keadaan hospital, pesakit kronik yang memerlukan rawatan secepat mungkin, ibu yang akan bersalin dan sebagainya...

YaAllah....

aku hanya mampu berdoa hanya yang terbaik untuk mangsa banjir pantai timur.

Lagi gambar berkaitan mangsa banjir... semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua, aminnnn
















Tuesday, December 2, 2014

Jemputan Untuk Korang Yang Mengenali diriku.



Haa. korang,

Jangan lupe datang nanti kenduri makan-makan den dan bakal suami, 7 DISEMBER 2014, di Dewan IUKL , kajang - Bangi, bersebelahan UNITEN. Doakan kami yang terbaik. :)



Counting da BIG Days!



Assalam,

lama x hupdet merapu kat blog den ni.... by da way.. 3 more days.... to go... before my solemnization.

Ape perasaan? - soalan popular dikalangan rakan sekerja , hatta bila bertemu mereka ketika berjalan di kawasan pejabat.
-ak cuma melemparkan senyuman manis , seraya berkata, "InsyaAllah, sedia. Doakan yang terbaik.". Lalu aku laju melangkah, agar tiada soklan cepu emas lain yang menyusul.

Hakikat sedia ataupun tidak, aku perlu lalui dengan hati yang terbuka. Jodoh aku kini makin nyata yang telah ditakdirkan Allah S.WT. Hanya Dia pemilik hati paling hakiki.

Terima Kasih YaAllah, berikan aku bernafas hingga ke hari ini dan berikan aku kebahagiaan setelah hampir 7 tahun mengenali hati budi dengannya.



Aku tiada apa yang perlu diperkatakan.

Kerana, rasa nya terlalu banyak UJIAN  yang dilalui dlam masa terdekat ini. Silih berganti saban hari hingga kini. Benarlah kata orang, ujian orang nak mendirikan rumah tangga berat juga.

mana tak nya, benda yang tak pernah jadi, tetiba jadik on da spot. Pening dan serabut tak usah bicara, umpama santapan harian.

Ujian yang aku hadapkan aje :

= Tayar kereta asyik la nk pancit, selang sehari. lepas tukar kete pun asyik la nak pancit memanjang, beban berat ape yang aku bawak? beban masalah ka....

= Break kereta xmakan, tgh berjalan kat jalan raya, tetiba tekan break kosong! nak terkeluar jantung den , rasa nak terputus tiub arteri pulmonari ni.... cuak gile, nasib baik x cium bumper kete depan. Allah...

= Ex lama duk merayu nak jumpa ... xsedar diri da kawen, duk sibuk call memanjang, macam xde bini... nak je aku kaki kan je,.... hai la lelaki.

= tetiba peminat mcm ramai lak mesej nak kenal, haha! mcm retis aku rasa. siap ayat manes mcm gula cecair nak bancuh dalm minuman gas.

= xcukup plak tayar pancit, break kosong, skru skirting kereta den tercabut tgh jalan. adoyaiii, patut la rasa macam heret besi sepanjang jalan. Alahai la ujian.

Dan macam2 lagi yang lain...

namun ak redha. Ujian MU.... mengujiku... kerana lebih ramai lagi insan yang lebih getir ujianya.

 

Thursday, October 9, 2014

My Head Feel Dizzy

Its a long month to go.....

when,

my hearts is broken.... into small pieces every day....

hurm..? why? entah. too many people called "human" makes me annoyed. maybe not really annoyed. but maybe they didn't realize... what's going on.... its hurt. to me

Sorry. My head feel dizzy. everyday. thinking of everything around.

please move on la yatie. life is not as what u expected. u need to learn anything, everything... its a long journey.

Ya tuhan. Ya Allah. Maha berkuasa. Aku percaya pada kuasa Mu. Maha Pencipta. Maha mengetahui apa yang tersirat.

please.! serabut otak aku ni.... pikir memacam benda yang dah mcm rojak buah.... kalau rojak sedap sket aku jamah. ni tak!

Allah.

pertama.mana nak pikir sal keje aku yang tengah banyak menimbun... kalau keje aku tak berkait dengan orang lain xpe, ni..... aku nak kena follow up segala jenis umat manusia yang dilahirkan atas muka bumi ni yang "lucky" sebab berpangkat n ade title dato'. sumpah! susah gile. sebab aku rasa diri aku mcm kecik gile dalam organisasi ni.... hanya mungkin habuk yang lekat kat baju. nak deal dengan jerung besar koperasi. haihhh pening! aku harap satu masa, aku leh jadi pegawai tetap yang ade kuasa untuk membuat keputusan dan orang takkan pandang lekeh kat aku. hopefully.

kedua, aku pikir sal interview session (oral) dengan orang SPA , 20 october ni.... haih... mana nak kena study, isu semasa yang memacam, akta bagai.... undang2... visi, misi, GST, nak practice speaking english lagi yang dah lama aku tinggalkan... mau dah berkarat dibuatnye. tambah lak aku kena dah hujung, orang lain yg dah habes duk psyco.... puiiiih.... ketar lutut aku ni,.... xtau nak ckp cmne... tunggu masa macam nak masuk dewan operate kot. hurm.... mohon dipermudahkan la Ya Allah... harap aku dapat la keje tuh.

ketiga, preparation nak kawen dalam 2 bulan lagi, haih... segala urusan aku yang handle sendiri, kau bayangkan la... memang nasib aku kot... aku sorang je dalam adik beradik yang jantinanya perempuan. yang len budak laki.... ape kesah dengan majlis kenduri? mak abah aku pun semua serah kan pada aku je, aku paham dorang ada masalah sendiri. takpe, aku memang dilahirkan berdikari sejak dlu... sejak skolah pun semua keputusan hidup aku, aku lakukan sendiri... dah terbiasa. kalau la korang taw yg persiapan nak kawen tu tersangat lah rumitnye.... aku rasa mmg orang kawen skali je kor seumor hidup. bagi yang berkemampuan tu laen la citernye... dari mencari tempat, katering, kad kawen, photographer, pelamin ke ape semua, aku yang cari dan deal dari mula smpai habes.

keempat. mahkluk manusia bernama lelaki. yang sesungguh nya aku xpaham sepenuhnya dari dlu lagi. kenapa suka wat hati aku ni sedih? suka ke kalau hati aku sakit, hati aku terluka, terasa , berdarah, ber nanah bagai....? puas hati? kalau pun kita xde jodoh di dunia ni, please jgn buat mcm tu kat aku. Takdir Allah. siapa kita nak melawan takdir Dia. Dia ada rancangan yang terbaik untuk aku dan kau. lelaki yang aku maksudkan :

1) [situasi pertama] lelaki yang kini bergelar laki orang, namun seringkali "masih" berusaha untuk memenangi hati aku... tidakkah kau terfikir, bahawa tanggungjawab kau kepada isteri kau lebih besar, dari kau cuba menggoda diriku? aku takkan tergoda, pujuk rayu kau, lelaki bedebah! kalau dlu, masa kau nak kawen, xde langsung nak jemput aku? pastu nak say sorry lak.... kata xdapat kasih sayang bini kau.... gi mamp**.... aku bukan perempuan murahan yang percaya kata manis umpama racun tu.... segalanya kau miliki, kerja tetap sebagai seorang pendidik anak bangsa, namun sikap kau? x seperti seorang yang bermaruah?

2) [situasi kedua] juga lelaki, yang kadang kala aku senang berkawan dgn nya.... tapi ada beberapa sifat dalam dirinya yang aku juga tak berkenan.... selalu mengusik perasaan.... erm... so sad... arini, sebab mengelak dari aku,.... yang aku xpasti apa punca... xpe, aku terima dan maafkan segala kesalahan kau. maafkan aku juga. aku doakan kehidupan kau tenang dan bahagia, kerana kau seorang yang baik dan ikhlas.


kesimpulan :

bila usia makin menginjak ke umur hampir 30an ni.... sebagai bagai bentuk ujian aku hadapi.... lagi2 bila nak bergelar isteri orang.... Allah itu sentiasa menguji.... dimana pun kita, bila, bagaimana.....