Wednesday, April 23, 2014

Rezeki sebelum kahwin?




bila dah dekat masa nak kawen ni, rasa macam-macam perasaan ade bercampur gaul, macam adunan kek tu! ade rasa gula, rasa tawar mentega, macam2 la... dah kenapa aku merepek ni? ish...

ok, 

sebenarnya ak nak citer camni, ak tersangat la risau tahap gaban sampai setiap hari ak berfikir, macam mana kehidupan aku selepas kahwin nanti..? camne kehidupan aku? maksud aku, dari segi kewangan la terutamanya, yela... nak mulakan kehidupan baru, tanpa ada harta ape pun... aku bukan anak orang kaya yang semuanya dah tersedia depan mata. aku macam orang biasa yang bermula everything from zero!

kawan-kawan seangkatan masa aku study dulu, ramai yang dah mendirikan rumah tangga, ada yang menceritakan pahit getir melayari sebuah perkahwinan. mereka kata kewangan memang punca utama masalah. yelah, bayangkan .. kalau dulu sebelum kawen, duduk dengan family, makan minum, rumah, bil letrik, air memang family yang tanggung. aku hampir cuma bayar kereta sahaja. memang heaven juga la sebab tak perlu nak rungsingkan kepala memikirkan perbelanjaan harian.

bila dah kawen... 

kehidupan berdikari bermula, semua masalah, kena settle sebaiknya dengan cara paling rasional, banyak hati yang perlu difikirkan, kalau masa bujang, makan x makan, xusah nak citer, bila dah kawen, dah ada tanggungjawab pada suami, makan pakai dia, kena la juga jaga. kewangan memang kena plan bebetul, mana yang tak penting memang kena hold dulu la jawab nya... lagi2 macam aku yang memang jenis tak reti nak sabar ni... ish... rasa nak time tu juga. tapi lepas ni aku kena belajar bersabar, dan dahulukan mana keperluan yang lebih penting dlu. masa belum kawen, kalau ada masalah kewangan, boleh la kau nak pinjam mak ayah, bila dah kawen? mana nak letak muka nak pinjam dengan mereka?

 ok, aku nak citer sal rezeki plak, 

semua orang mahukan rezeki yang murah.
semua orang berdoa, mohon dimurahkan rezeki oleh tuhan. 
rezeki tak mudah dan takkan datang bergolek tanpa usaha yang gigih..

ada juga rezeki yang datang tanpa disangka, orang kata rezeki terpijak... tapi kalau nak harap yang tu, memang tak jadi ape la. 

aku dah banyak kali terdengar orang kata, "takpela weh, kau kawen je dulu, pasal duit ke rezeki tu, jangan risau, itu kerja tuhan. dia akan berikan rezeki yang tak putus lepas kawen, insyaAllah tak bangkrap la kalau nak kawen !"~ 

ok, memang la x de la sampai bangkrap, eh! lain la kalau kau x usaha, memang la boleh bangkrap! 

yes..! aku tahu, aku seorang perempuan, tanggungjawab bakal suami aku untuk jaga makan pakai, keperluan harian aku, tapi yela, sebagai isteri aku juga perlu membantu dia untuk uruskan rumah tangga untuk menjamin masa depan kami dan anak2 kami nanti (nampak tak ayat aku tuh!) anak-anak! 

rezeki ada banyak.. 

rezeki orang lain-lain. ada yang dapat cepat, ada yang dapat lambat, ada yang banyak. ada yang sikit. ada yang cukup-cukup je. 

aku tengok, kawan aku yang dah kawen 2 tahun lepas, masa belum kawen, kerja pun x menentu, gaji selalu je xcukup, pernah aku tengok dia bayar untuk isi minyak pakai duit seringgit2 + syiling. ! makan pakai pun mana yang ada je, dia menceritakan kepayahan hidup sebelum berkahwin, sebab masa itu baru grad, belum ada kerja yang tetap, kerja asyik bertukar, kerja sambilan , kontrak di sebuah jabatan kerajaan, marketing sales, dan banyak lagi, lalu aku terfikir, bagaimana agaknya kehidupan dia selepas kawen? makin susah kah? kalau ada anak nanti bagaimana? 

tapi yelah, tuhan tu maha adil..., lepas dia kawen, ade rezeki datang sikit-sikit, husband dia dapat jadi guru tetap sebuah sekolah under Mara. pastu, x lama selepas tu, kawan aku tu plak dapat offer tuk jadi pensyarah di sebuah kolej kerajaan. nampak x ? rezeki kalau Allah nak bagi? sekarang ni hidup mereka suami isteri aku tengok memang dah tiada masalah , dah boleh hidup mewah sikit. yela, suami isteri dah ada gaji tetap, 

aku? 

aku masih macam ni la, gaji pun cukup2 , kadang terkurang, kadang terlebih sikit, kadang tepat-tepat. entahla. kerja belum dapat tetap, gaji tak menentu. aku kena buat part time side income lain untuk tambah. Ya Allah, murahkan rezeki hamba mu! 

kerja lain? bukan tak minta... aku rasa resume dah boleh buat buku novel tebalnya kalau disusun satu2. 

ya, aku redha semua ni dan harap hikmah dari Dia yang maha mengetahui, mungkin dia nak berikan rezeki yang lebih besar? (nampak tak ayat senangkan hati)

ada yang berusaha sekeras mungkin, tapi rezeki belum ada, ada yang usaha sikit, rezeki dah melimpah ruah... semua ini kerana apa? ya, ! kerja tuhan, dia adalah sebaik-baik perancang, untuk kita umat ciptaan nya. 

kita hanya.... 

HAMBA! 

perlu doa, dan minta kepada-Nya. 

moga aku tabah. doakan. 






Ketujuh : Rezeki ada dalam perkahwinan.

Dengan berkahwin, bukan sahaja rezeki yang kita menjadi berkat bahkan Allah akan buka pintu rezeki kita dengan seluas-luasnya kerana kita sudah mengikuti sunnah dan juga mendirikan separuh dari agama.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Surah An Nuur ayat 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke alam perkahwinan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masaalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, ramai mereka sebelum berkahwin miskin tidak mempunyai apa-apa harta, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya sekeluarga.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang berkahwin kerana ingin memelihara kehormatannya”. (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
 




Tuesday, April 22, 2014

Persiapan menuju ke fasa baru.

assalammualaikum,



lama dah aku x menulis dalam belog ni, naseb bek je tak terlupe password... hahaha... 
harini baru aku ada masa nak godek2 balik belog aku yang bersarang setelah sekian lama tak berusik ni.... last ak post pun bulan lepas.. :) 

Alhamdulillah masih dipanjangkan umor untuk bernafas dengan sihat walafiat dibumi Allah ni, umur pun semakin meningkat... da nak menjelang 30an dah pun, 2 tahun lagi...? ape 2 tahun lagi..? ermmmm... kawan2 dan kenalan semua tengah berlumba-lumba buat kenduri kawen, namun kebanyakkan nya ak xsempat nak hadiri.... maaf la ye...

insyaAllah masa aku pula akan menjelma satu masa nanti, insyaAllah kalo diizinkan Nya, hujung tahun ni, aku akan bergelar cik puan la gamaknye... bersediakah? mental dan fizikal? 

ape pun, ak memang sedang giat survey memacam persediaan, dewan dah tempah, insyaAllah buat kat dewan sebuah kolej swasta di Kajang... sekarang ni ak tengah kalut carik katering dan pelamin.... kalau boleh nak la cari yang harga berpatutan... 

harini, aku baru sempat nak tanya encik google, apekah design yang mampu membuat kan aku teruja... dan rasa nak jalan macam ala-ala princess di majlis aku nanti.... hehhee.... :)


ni antara design yang sempat aku tengok (curi-curi masa) .... memang la xsempat nak menelaah satu persatu... kalau nak tengok satu2, mau sampai malam xsettle... 




jadi ni antara design yang aku berkenan laaa.... aku pun simple je orangnye...




peplum style, simple beads, + fish tail and ade cute ribbon at back.... memang cute sangat. 


 ni baju tunang blogger irene nadia marcello, cantik juga, untuk buat nikah... credit to her (irenenadiamarcello.blogspot.com)









 yang design macam ni lak, nampak luxurious, terutama kat bahagian shoulder tu, :) credit to ezzad zikrycouture




 haaaa, kan aku dah kata, aku memang minat baju peplum yang ada riben kat belakang dia.... maybe sesuai untuk baju nikah or resepsi... :)






 picca yang ni lak, aku minat yang kaler peach yang tengah tu, cuma aku nak design yang xjarang la.... yang tutup semua...








 ok, yang ni design biasa je, saja je aku letak :)







yang ni pun aku berkenan juga..... cantik gile tang kain dia tu... haish.... pengsan..! 



ini pun design peplum, tapi nampak flowing la dia punye peplum tu, cantik




yang ni pun aku suka sebab banyak bunga rose tampal... nampak gojes...


yang ni memang cantik la.... simple n nice, model nampak cantik n sweet gitu....


baiklah, aku rasa setakat ni sahaja la pencarian aku kot.... mata aku pun naik juling tengok beads yang cantik2 ni... hope so salah satu dari design ni aku dapat jadikan sebagai inspirasi 


bye!















Monday, March 17, 2014

Bila mana hati mula buntu ...


wahai la hati....
 
kenapa susah sangat nak lupa..?
 
wahai hati
 
mengapa buntu...  

wahai hati.... 

kenapa..? 


maybe inilah salah satu penyelesaian yang ku fikirkan ada... 

kembalilah pada fitrah mu wahai hati.... kembalilah pada penciptaMu yang Maha Agung.. Maha mengetahui apa yang ada dilangit dan dibumi... 



SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda: 
“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
 
"Apabila seseorang kamu berkehendak melakukan sesuatu, hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (sembahyang dua rakaat) selain daripada sembahyang fardhu."
 
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Terdapat dua cara untuk melakukan Solat Istikharah Ini:

a.   2 rakaat, 1 salam
b.   12 rakaat, 6 salam


Cara Melaksanakannya:

1. Apabila hendak memulakan sembahyang, hendaklah meluruskan hati dengan menyerahkan segala urusan sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Rehatkan akal fikiran daripada menimbang-nimbang sama ada pekerjaan ituelok dibuat ataupun tidak.

2. Setelah bersiap dengan wuduk, berdiri tegak serta menghadap kiblat, mulakanlah sembahyang dengan mengangkat takbiratul ihram dengan Lafaz dan Niat:

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah taala."


3. Bacaan surah selepas Al-fatihah ialah:

Rakaat Pertama: Surah Al-Kaafiruun
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas

4. Dalam sujuk terakhir (sujud kedua pada rakaat yang kedua), bacalah tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Ertinya: "Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang Engkau berikan pengetahuan kepada kami. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."


5.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
6.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

7.  Membaca doa solat sunat Istikharah:
 
 
 

Ulangilah doa ini sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 


Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
 
 









Thursday, September 5, 2013

Ajal kita semua Milik-Nya

salam semua! salam pagi khamis...

lama juga ak tak berblogging, yela, xde masa sangat nak mengetip keyboard opis yang serba indah ni... keh keh...
harini, tergerak hati nak menaip sal story tentang takdir hidup, ajal, ketentuan yang masing2 telah ditentukan oleh yang Maha Esa, bukan ape, baru2 ni, ak terbaca tentang seorang photographer wanita yang kira dikenali juga la, nama dia Nadia Syazwani Zahari, atau pun nama Nadia Zahari,. yep2.. dia official photographer tuk Ustaz Don dan isteri . pada siapa yang kurang mengenali beliau, sila tanya pada En Goooogle anda sekarang ye! :) ni adalah pic empunya diri yg sangat sweet dan talented !





pic credit to : nadiazahari.tumblr.com   

walaupun aku xpenah kenal dia, but very impressed with her great work... setiap gambar yg dia amek, ak perhatikan nilai seni nye, mmg sangat cantik... aku antara yang mengagumi bakat beliau dalam bidang photographer ni :) and i wish i can be like her one day ! ni antara pic job yang beliau amek , sangat menarik :) 











aku mmg minat hasil kerja dia, nampak seni dan makna disebalik gambar yang dia nak tunjukkan, and we lost 1 talented ladies in this area. ape pun al-Fatihah buat beliau, smpai masa , kta semua akan kembali kepada pencipta . 

tapi ak salute ngan usaha yang beliau lakukan, 

usaha tuk memanfaat kan ilmu yang ada dan menyebarkan untuk pengetahuan semua yang membaca, aku ade terbaca sebuah page, yang mungkin beliau sendiri yang buat (itu aku xpasti) , facebook page Jom Solat" , bleh try search kat facebook . page tu sangat bemanfaat , dan mungkin juga sumber pahala , amal jariah tuk beliau di alam sana. 


kisah kemalangan 

aku mula terbaca kisah kemalangan beliau yang berlaku sekitar 15 august 2013, jalan batu tiga - TTDI , berdekatan giant seksyen 13, (simpang empat tu), kereta beliau, (kancil ) bertembung dengan sebuah kereta Audi A4 (yang khabarnya pemiliknya seorang berbangsa cina) . yang sedihnye, beliau bakal bernikah bulan 10 ni, huhuh... takdir Allah , xde siapa yang tahu,


Untuk lebih cerita berkaitan dengan Arwah, bleh click link dibawah

http://www.nst.com.my/latest/bride-to-be-killed-in-crash-1.339024

http://mimbarhatiku.blogspot.com/2013/08/gambar-kemalangan-jurugambar-ustaz-don.html

http://nadiahjaapar.blogspot.com/2013/08/al-fatihah-buat-nadia-zahari.html

byk lagi link lain, bleh check kat google ye, ni antara pic accident arwah nadia










AL-FATIHAH BUAT ARWAH ... semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman, aminnnn









Friday, June 7, 2013

tempat cari rezeki ...

anyway.... friday is coming....

yeay!! suka ... sebab rehat yang lama kan..? hahha... so arini ak xrasa pun nak lelapkan mata... since baru balik daro mengutip data (data collection) from ahli2 koperasi yang terlibat... so mata pun jadi segar je kan... hehee.... n... ak nak tunjukkan ofis ak tempat menjadi rezeki....




yehaa..... so ni adelah bilik seorang researcher ok,.... so meja tu biasalah kan... agak penuh ngn questionnaire bagai... so ak da kemas sesiket da tu... hikhik...

anyway... ak rasa so far, da nak masuk 2bulan ak keje kat sini.... n semua staff kat department ak very helpful... department lain tu... ak xkesah sangat sbb bukan jumpa doang pun... since dorang pun xkaco ak... its ok to me... :)


hope so ak leh keje lama kat jabatan ni... n berusaha keras tuk mencapai target yang ak impikan...