Monday, March 17, 2014

Bila mana hati mula buntu ...


wahai la hati....
 
kenapa susah sangat nak lupa..?
 
wahai hati
 
mengapa buntu...  

wahai hati.... 

kenapa..? 


maybe inilah salah satu penyelesaian yang ku fikirkan ada... 

kembalilah pada fitrah mu wahai hati.... kembalilah pada penciptaMu yang Maha Agung.. Maha mengetahui apa yang ada dilangit dan dibumi... 



SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda: 
“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
 
"Apabila seseorang kamu berkehendak melakukan sesuatu, hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (sembahyang dua rakaat) selain daripada sembahyang fardhu."
 
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Terdapat dua cara untuk melakukan Solat Istikharah Ini:

a.   2 rakaat, 1 salam
b.   12 rakaat, 6 salam


Cara Melaksanakannya:

1. Apabila hendak memulakan sembahyang, hendaklah meluruskan hati dengan menyerahkan segala urusan sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Rehatkan akal fikiran daripada menimbang-nimbang sama ada pekerjaan ituelok dibuat ataupun tidak.

2. Setelah bersiap dengan wuduk, berdiri tegak serta menghadap kiblat, mulakanlah sembahyang dengan mengangkat takbiratul ihram dengan Lafaz dan Niat:

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah taala."


3. Bacaan surah selepas Al-fatihah ialah:

Rakaat Pertama: Surah Al-Kaafiruun
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas

4. Dalam sujuk terakhir (sujud kedua pada rakaat yang kedua), bacalah tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Ertinya: "Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang Engkau berikan pengetahuan kepada kami. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."


5.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
6.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

7.  Membaca doa solat sunat Istikharah:
 
 
 

Ulangilah doa ini sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 


Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
 
 









Thursday, September 5, 2013

Ajal kita semua Milik-Nya

salam semua! salam pagi khamis...

lama juga ak tak berblogging, yela, xde masa sangat nak mengetip keyboard opis yang serba indah ni... keh keh...
harini, tergerak hati nak menaip sal story tentang takdir hidup, ajal, ketentuan yang masing2 telah ditentukan oleh yang Maha Esa, bukan ape, baru2 ni, ak terbaca tentang seorang photographer wanita yang kira dikenali juga la, nama dia Nadia Syazwani Zahari, atau pun nama Nadia Zahari,. yep2.. dia official photographer tuk Ustaz Don dan isteri . pada siapa yang kurang mengenali beliau, sila tanya pada En Goooogle anda sekarang ye! :) ni adalah pic empunya diri yg sangat sweet dan talented !





pic credit to : nadiazahari.tumblr.com   

walaupun aku xpenah kenal dia, but very impressed with her great work... setiap gambar yg dia amek, ak perhatikan nilai seni nye, mmg sangat cantik... aku antara yang mengagumi bakat beliau dalam bidang photographer ni :) and i wish i can be like her one day ! ni antara pic job yang beliau amek , sangat menarik :) 











aku mmg minat hasil kerja dia, nampak seni dan makna disebalik gambar yang dia nak tunjukkan, and we lost 1 talented ladies in this area. ape pun al-Fatihah buat beliau, smpai masa , kta semua akan kembali kepada pencipta . 

tapi ak salute ngan usaha yang beliau lakukan, 

usaha tuk memanfaat kan ilmu yang ada dan menyebarkan untuk pengetahuan semua yang membaca, aku ade terbaca sebuah page, yang mungkin beliau sendiri yang buat (itu aku xpasti) , facebook page Jom Solat" , bleh try search kat facebook . page tu sangat bemanfaat , dan mungkin juga sumber pahala , amal jariah tuk beliau di alam sana. 


kisah kemalangan 

aku mula terbaca kisah kemalangan beliau yang berlaku sekitar 15 august 2013, jalan batu tiga - TTDI , berdekatan giant seksyen 13, (simpang empat tu), kereta beliau, (kancil ) bertembung dengan sebuah kereta Audi A4 (yang khabarnya pemiliknya seorang berbangsa cina) . yang sedihnye, beliau bakal bernikah bulan 10 ni, huhuh... takdir Allah , xde siapa yang tahu,


Untuk lebih cerita berkaitan dengan Arwah, bleh click link dibawah

http://www.nst.com.my/latest/bride-to-be-killed-in-crash-1.339024

http://mimbarhatiku.blogspot.com/2013/08/gambar-kemalangan-jurugambar-ustaz-don.html

http://nadiahjaapar.blogspot.com/2013/08/al-fatihah-buat-nadia-zahari.html

byk lagi link lain, bleh check kat google ye, ni antara pic accident arwah nadia










AL-FATIHAH BUAT ARWAH ... semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman, aminnnn









Friday, June 7, 2013

tempat cari rezeki ...

anyway.... friday is coming....

yeay!! suka ... sebab rehat yang lama kan..? hahha... so arini ak xrasa pun nak lelapkan mata... since baru balik daro mengutip data (data collection) from ahli2 koperasi yang terlibat... so mata pun jadi segar je kan... hehee.... n... ak nak tunjukkan ofis ak tempat menjadi rezeki....




yehaa..... so ni adelah bilik seorang researcher ok,.... so meja tu biasalah kan... agak penuh ngn questionnaire bagai... so ak da kemas sesiket da tu... hikhik...

anyway... ak rasa so far, da nak masuk 2bulan ak keje kat sini.... n semua staff kat department ak very helpful... department lain tu... ak xkesah sangat sbb bukan jumpa doang pun... since dorang pun xkaco ak... its ok to me... :)


hope so ak leh keje lama kat jabatan ni... n berusaha keras tuk mencapai target yang ak impikan...


Tuesday, June 4, 2013

entry 1



lama x post gambar sendiri.... 

xde masa sangat nak "menggodek" pic album n masukkan dalam blog ni... blog pun dah bersayang bersawang setelah sekian lama ak tinggalkan kerana urusan dunia yang makin menuntut tanggungjawab harian. 
ni kira pic latest aku time pergi menonton tournament futsal adik, yang time tu bersama Hotfm Liga Juara . kat ferro futsal subang jaya. 

bukan itu yg ak nak ceritakan... 

cuma ak bahagia ngan kehidupan ak... ak cuba bangkit dari segala masalah yang melanda... "standard la kan, as a human, we need a tested to measure how far we can survive kan..? 

Alhamdulillah... syukur... skrg ak da berkerjaya , dan kerja ditempat yang quite ok n suasana yang baru , namun xlari jauh sangat dari bidang ak dlu.... 

kalo dlu ak blaja byk dari bidang pengurusan dan perpustakaan juga more to how manage and arrange the information.... skrg ak bekerja dalam bidang penyelidikan... ye ... research method, research ... semua yang berkaitan dengan SPSS dan seangkatan dengannya. 


InsyaAllah pda masa lain ak akan cuba share sal keje ak plak.... 

apepun... dugaan yang mendatang, hadapi dengan tabah dan senyuman... setiap yang berlaku dalam diri kita ade hikmah yang tersirat... 


*** salam ***

Thursday, May 30, 2013

Dia dan sesuatu yg pergi

kata orang:


"hidup adalah sebuah perjalanan mencari kebahagiaan , sekaligus kehilangan kebahagiaan yang lain" 


juga...... 



"Hidup adalah tidak mendapatkan sesuatu yang kita inginkan, hidup adalah untuk menentukan pilihan, atau tidak memiliki pilihan sama sekali " 


-PJ- 


kata2 ni ak petik dari sebuah twitter seorang blogger yang xkurang hebatnya berkata2... ak suka follow blog dia yang lebih kpd kehidupan.... 

ak bukan nak ckp or meleter banyak.....

cuma yang ak tahu,...... 


 ......


terima kasih atas segalanya.... selama ini... 

moga kau bahagia