Thursday, May 30, 2013

Dia dan sesuatu yg pergi

kata orang:


"hidup adalah sebuah perjalanan mencari kebahagiaan , sekaligus kehilangan kebahagiaan yang lain" 


juga...... 



"Hidup adalah tidak mendapatkan sesuatu yang kita inginkan, hidup adalah untuk menentukan pilihan, atau tidak memiliki pilihan sama sekali " 


-PJ- 


kata2 ni ak petik dari sebuah twitter seorang blogger yang xkurang hebatnya berkata2... ak suka follow blog dia yang lebih kpd kehidupan.... 

ak bukan nak ckp or meleter banyak.....

cuma yang ak tahu,...... 


 ......


terima kasih atas segalanya.... selama ini... 

moga kau bahagia



Monday, February 18, 2013

Surah Al-Waqiah dan kelebihannya !


Assalammualaikum w.b.t
hye semua... arini nak share satu benda yang paling penting.... kadang kala kita lupa kan dlam kehidupan kita yang serba serbi buzy ni kan? ya... seperti yang kita tahu, Al-Quran merupakan penawar kepada rohani kita... sumber ketenangan jiwa yang takkan kita dapat dari mana pun, melainkan dengan izin -Nya.. insyaAllah...

lately... entahla... rasa jiwa kosong, otak serabut, pikir2 mcm 2 hal duniawi yang rasa tak terpikul bebanan nya.... yela... kehidupan selepas study agak bukan mudah kan..? slalu nya kita dah biasa, duit diberi, ade biasiswa, pinjaman , tajaan @ sebagainya... then bila da start nak memulakan hidup sendiri... baru terasa peritnya bukan kepalang (bagi background family yang biasa mcm saya) bila kira rasa kan rezeki susah sangat nak dtg kepada kita, setelah kita berusaha, bertawakal dan berdoa ..

satu hari, ada seorang hamba Allah (kawan rapat saya) tnya.. kenapa sy slalu muram, fikiran serabut n sebagainya, xheppi go lucky mcm sebelum nya..?  saya pun menceritakan masalah n dugaan yang sedang melanda hidup.... beliau seraya berkata n memberikan cadangan agar saya tidak putus2 melakukan solat hajat, solat dhuha, (selain solat fardu 5 waktu) dan mengamalkan surah Al waqiah dalam kehidupan seharian, terutamanya selepas menunaikan solat maghrib atau isyak.

saya pun kemudian memikirkan sejenak apa yang dikata kan oleh sahabat saya tadi... ade kebenarannya.... dan kemudian saya mengambil laptop, n search kelebihan surah al-waqiah dia Google. (Sumber yang paling pantas sy fikirkan ketika itu)... lalu terdapat beberapa blog dan artikel berkaitan surah al-waqiah , siap ade sebahagian nye bleh download mp3! wah hebatnye teknologi skrg.. alhamdulillah... saya pun terus mendownload mp3 tersebut dan kemudian "play" sambil mengikuti bait2 indah kalam Allah yang paling Agung itu.... Alhamdulillah.. jiwa terasa tenang sekali... :)

 berikut merupakan kelebihan yg diperolehi dari surah Al-Waqiah :


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat dan kelebihan, antara lain:
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
     
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
     
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
     
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
     
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
     
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.










akhir skali, semoga perkongsian yang tak seberapa ini meningkatkan lagi keyakinan kita dan menarik minat kita untuk mendalami kelebihan ayat yang terkandung dalam Al-Quran :) 

Semoga rezeki kita makin bertambah, Wallahualam .. wassalam 







Wednesday, January 16, 2013

Memories 2012 !!



haaa... amek kau.... gambar besaq gebadak  ehh silap... gedabak ak letak kat atas ni... nak bagi feel punye pasal... hehhe... picca kat atas ni kira mcm nak amek feeling yang indah + kurang nak indah yang berlaku sepanjang tahun 2012.. 

actually... byk juga benda yang berlaku sepanjang tahun lepas yg ak xdapat nak lupakan.. so ni ak short listkan beberapa benda yg best sepanjang 2012 : 

  • kebanyakan masa tahun ni ak habeskan ngn study n completing my master studies ... sibuk ngn asaiment.. cuti semester, then sambung balik.. masuk kelas, kuar kelas, berjimba ngn kengkawan... ngn scandle mandel oops... 
  • kawan2 yg sangat best... networking yg luas.... hahhaha 
  • tahun ni ade 2 big event dalam hidup ak.... graduation day (on november) and engagement day (december) 
so rasa nya.... itu je yang ak ingat nak shortlistkan... 

to be continue nnti picca yang sweet akan diselitkan.... hua hua hua...

daaaa.... 






heppi new new new year!


HO HO HO.... heppi new year to all.... :) 2013 ... 

ape..? lambat wish..? ha.. ok ak paham... mmg lambat... maklumlah arini je da 16hb january 2013 kan... hurm... maklum la kan... aku ni kan bz women... xsempat nak updet beloq yang dah bersawang bagai ni,,.. 

apepun da 16 hari taun 2012 da meninggalkan kita semua,... bnyk kenangan dibawa bersama dlm taun 2012 ni... suka... duka... masam manis, pahit getir... semua nye kta da berjaya jalani dlam tahun 2012 ni kan... 


ape pun toksah nak ber azam2 baru, kalo azam kita yg last year pun still pending lagi... ye dak..? ak sendiri pun byk azam last year yang lom dapat ak penuhi.... ape pun nnti ak citer nnti yek... 


smbung balik.... 


p/s : da tengahari.. nak pi masak... maklum la.. surirumah sementara... huhuh 

Wednesday, October 3, 2012

external hardisk kesayanganku..!!

seminggu dua ni... hati rasa berdebar2 je.... 

susah nak lelapkan mata...

otak serabut fikir benda yang berselirat duk bersarang mcm bilik maintenance server... huhuh... apepun... nak taknak... mata kena juga lelap... mau gila kalo seminggu tido terganggu... sejak balik dari puncak perdana banyak benda yang ak fikirkan...

perasaan aku...

perasaan org (yg ak nak kena pikirkan )

kerja yang ak duk asyik apply xdapat2 lagi... sejak hampir 2bulan ak habes study! 

2bulan lagi "big event" dlm hidup ak... taraaaaa...




itulah 4 perkara yang sangat berat sampai ak xdapat nak lelapkan mata... perghhh,.... redha jela... ujian Allah kat ak kan... terima jela... maybe ad hikmah lepas ni yang setimpal ku harapkan.... ameeenn.... 


sambil ak golek2 kiri kanan...kiri..... kanan... kiri... kanan semula... terpandang laci bawah meja solek ak... then ak bangun... dan perlahan2 berjalan ke arah laci tersebut... dengan mata separuh mengantuk... ak gagahkan jari jemari ak buka perlahan2 laci tu... da lama juga ak xbelek2 benda n harta karun kat dlamnye... 


then.... ak ternampak ni....