Wednesday, September 7, 2011

Adakah DIA jodoh kita?




selalu jer kta dengar orang yang bercouple "bertahun2 "  putus cinta kan..? bukan jer putus cinta... malas putus tunang n sebagai nye.... huhuh...time study.... kta selalu tgk pasangan yang sedang hangat bercinta... kemana2 saje pun nampak muka dorang berdua je.... kalo duk study same2 or wat discussion tu mmg bagus.... tapi kalo duk bermanja sakan... ak pun naik geli geleman juga... pi cafe same2, gi library same2... dah la kelas sama... gi outing same2 ... siang malam duk melepak kat tepi pagar kolej.... hehhe... ^__^




Ok.... ak paham situasi tu..... bila bunga2 cinta mmg la nampak hepi jer.... tapi bila dah hancur LULUH.....



*

*

*

*

*


 Pastu kta mula la menyalah kan pasangan ... nape semua ni berlaku... adakah kerana ad pihak ketiga or sebagai nye... huhuhuh









 ak mmg xdapat nak bayangkan perasaan mereka cmne.... >_< ... mcm ak bace dlm blog sahabat ak... dia kata putus tunang merupakan saat paling menyeksakan dlm hidup..... umpama gigit  cili  6 KILO dlm mulut lame2...pastu kemam selama setengah jam... pastu tutup mata rase nak JERITTTT,....  huhuhuh... punye la SEKSA NYE...!!! yela... mana taknye... seseorang yang kta impikan akan menjadi milik kta..... mendirikan rumah tangga bersama nye.... berkongsi susah n senang bersama nye tetiba HILANG LESAP  camtu jer... hancur hati berkecai2... RETAK REMUK... huhuhuh,... mudah-mudahan ak xdiberikan pengalaman yang sadis cmtu.... rase mcm tak tertanggung ....

*********************





OKla.... kat bawah ni... ak nak share 10 petanda Dia adalah JODOH kta.... ak petik dari sebuah website... mudah -mudahan akan menjadi panduan dlm hidup kta semua... tapi... kita tak boleh la nak ikat diri kta tuk paksa bersama ngan dia... walaupun kta rase xde keserasian tuk bersama ngan dia.... mungkin Allah da tentukan bahawa dia bukan milik kta... n bukan yang terbaik tuk diri kita... Dia maha mengetahui 





Mungkin ade insan lain yang dicipta kan lebih baik tuk kta.... 


*


*


*



*



*


*


*


*


*



*

*






SOOOO SUWEEEETTTTT!!!!! 

ALAHAI..... NAPA PLAK JIWANG AK MALAM NIH.... :P 

ok... layan tips nih... ^___^


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Monday, September 5, 2011

# SWeet Corn


hehehe... suka nye ak tgk pic comel 4 flavor dutch lady yang terbaru ni.... nak kata baru tak juga la... da lama... tapi ak baru berpeluang nak rase,... hehehe... setelah berusaha mencarinye... baru arini jumpa.... :)) tapi bukan semua flavor kat pic tu ade... hanya yang mendapat undian citarasa paling digemari rakyat malaysia jer... dan dah tentunye pemenangnye adalah SWEETTT CORN... yang tentu nye mmg sgt sSEDAAAPPP... THUMBS UPP....!!! :) saya sangat mengemarinyeee... :P tak tau la cmne agaknye jagung ni leh menang.... adakah sebab faizal tahir yang mewakili pihak jagung,,??? selain tu... ade juga artis lain yang mewakili flavor masing2, mcm ziana zain.... n sape ntah lagi,....  hehehhe... tapi rase nye mmg enak.... lemak2 manis la camtu... ni pic kotaknye... 



*

**

*

*

*

**

**

*

*

*

*



disebab kan rase nye yang sgt sedap.... ak pun rembat dua pek skali.... hehhee.... kalo minum time sejuk mmg la KLASSSSS.... hehhee... pada yang belum sempat nak rase flavor ni,.. cepat2 la pi try... dapatkan di pasaraya yang berhampiran... mmg xrugi... hehhee... :) 









Tuesday, August 9, 2011

My bIRThday 25th Years





Alhamdulillah.... segunung syukur ku panjatkan ke hadrat Tuhan yang Maha Esa... Allahuakbar...!!! Alhamdulillah... kerana masih lagi hidup dlm keadaan sihat walafiat hingga ke detik ak menulis blog ini... ALHAMDULILLAH... syukur... tarikh kelahiran ku jatuh pada bulan yang penuh dengan seribu satu keberkatan lak tuh... ^__^ bulan Ramadhan al mubarak..!! :) 

Hari ini 9 AUgust 2011, genaplah umur ku  22 tahun.... ehh salah... 25 tahun... tapi masih nampak muda lagi kan... hahhahaa...~ okie.. itu tipu... apepun.. semua orang yang taknak mengaku tua mesti akan kuar statement cmnih... " age is just a number... " hahhaha~ number mmg la number juga... tapi perbezaan fizikal n mental pada diri kta pun tetap kelihatan... hehhee... (muhasabah diri sendiri OK ) 

walaupun harini tiada kek coklat, mahupun cheese cake kegemaran aku yang sedap2 n comel... tiada aiskrim, mahupun makanan yang enak2... (sbb puasa, ) tapi ak menyedari nye.. bahawa kalo umor da semakin meningkat.. kehidupan pasti tak sama mcm dulu lagi... maksud ak, mcm zaman sekolah2 dlu... (almaklum la duk kat hostel... ) mcm2 bende yang tak berfaedah dilakukan .. member2 pun sibuk plan mende ntah pape nak usik2 teman yang nak smbut besday... hehhe... mmg ak ingat semua kenangan tu hingga kini... namun semua nya dah berlalu, n keadaan xsama langsung... skrg kta semua dah ade tanggungjawab n kena pandang ke depan...

***********************

THANKS SO MUCH kepada semua kawan2 yang wish beserta doa kat dlm facebook n sms... thanks... :) 


MY feveret song ever *___*




2-3 hari ni lagu feveret ak ni sering terngiang2 dlam fikiran ak.... kenapa.?? tu ak sendiri kurang pasti...tapi itu xpelik.. sbb ak mmg minat sesangat kat lagu ni.. semenjak sekolah menengah ak da meminati lagu dari kumpulan GREENDAY ni... hampir semua lagu2 nye ak layan ~ tapi antara lagu feveret paling memberikan impak besar dalam jiwa xlaen n xbukan lagu Macy's Day Parade ni... yang suatu ketika dlu ak jadikan Ringtone hp ak.. (sebab terlalu minat) n kalo perhatikan liriknye.. mmg ade maksud yang mendalam.. ^__^ . baru2 ni... ade seseorang yang menyanyikan lagu ni tuk ak... ^___^ sambil petik gitarnye... (aduuiiihhh) mmg terpaku juga ak mandengarnye... selama ni ak mmg mengimpikan seseorang akan menyanyikan lagu ni tuk ak.. *___*, n akhirnye impian ak da terlaksana... thanks to him... :P  


Macy's Day Parade by Greenday 

Today's the Macy's Day parade.
The night of the living dead is on its way...
with a credit report for duty call.
It's a lifetime guarantee.
Stuffed in a coffin 10% more free.
Red light special at the mausoleum.

Give me something that I need.
Satisfaction guaranteed to you.
What's the consolation price?
Economy sized dreams of hope.

When I was a kid, I thought...
I wanted all the things that I haven't got.
Oh, but I learned the hardest way.
Then I realized what it took...
to tell the difference between thieves and crooks.
A lesson learned for me and you.

Give me something that I need.
Satisfaction guaranteed...

'Cause I'm thinkin about a brand new hope.
The one I've never known.

'Cause now I know it's all that I wanted.

What's the consolation price?
Economy sized dreams of hope.
Give me something that I need.
Satisfaction guaranteed.

'Cause I'm thinkin' about a brand new hope.
The one I've never known.
And where it goes...

And I'm thinkin' about the only road.
The one I've never known.
And where it goes...

And I'm thinkin' about a brand new hope.
The one I've never known.
'Cause now I know it's all that I wanted.




Friday, August 5, 2011

Ramadhan Datang Lagi..!!!






Alhamdulillah... sekali lagi tahun ni, ak dapat mengharungi bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.. mudah- mudahan segala ibadah diterima oleh -Nya... Aminn... tahun ni ak xbyk perubahan nye seperti tahun2 yang lepas... cuma tahun ni ak kembali berpuasa berstatus kan sebagai seorang pelajar kembali.... kalo tahun lepas, ak berpuasa smbil bekerja... tahun ni, ak puasa mmg full time student, (disamping cuti semester yang sgt la panjang nye... ) huhuh... insyaAllah, xlama lagi maybe seminggu lebih selepas raya, ak akan mulakan perjuangan ak semula sebagai Pelajar ... huhuh... 1 year more before finished my master...!!! teruskan perjuangan mu yatie...!!!! yaAllah.... permudahkan la perjalanan hambamu ini.... 

***********************